Umum mengetahui Ebit Lew telah melakukan misi kemanusiaan ke Gaza sejak Mei yang lalu.
RAMAI yang menyuarakan kesyukuran apabila pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew melakukan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Kali terakhir status Ebit di laman Facebook pada 27 Mei lalu, memaklumkan beliau selamat tiba di Mesir, membeli barang keperluan asas dan ubat-ubatan menggunakan dua treler besar dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital-hospital Gaza.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Pada 19 Jun 2021, akhbar Berita Harian melaporkan Ebit Lew dapat kebenaran awal untuk memasuki Gaza.Sehingga 28 Jun yg lalu sepi tanpa berita, akhirnya dikhabarkan Ebit Lew dan team beliau berjaya memasuki Gaza dengan bantuan tentera Mesir.
“SYUKUR pada Allah.”
Begitulah ungkapan yang disebut pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bagi memberi perkhabaran terbaharu mengenai misinya ke Palestin.
Menerusi Instagram, Ebit pada Isnin pagi memaklumkan pasukannya sudah berada di Gaza yang mana perjalanan mereka ke sana diiringi oleh tentera Mesir. “Kami masuk dengan diiringi tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.
“Menurut kedutaan Malaysia dan Unit Perisikan Tentera Mesir, kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini,” ujarnya kepada 5.2 juta pengikut Instagram.
Dalam pada itu, Ebit turut berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pihak Wisma Putra yang berterusan membantu pasukannya dalam misi itu.
Pada 2 Julai, Ebit Lew selamat pulang ke Malaysia selepas misi bantuan ke Gaza.
Dalam hantaran di facebook, beliau menjelaskan kumpulannya sedang menjalani kuarantin di tempat yang ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kami sedang menjalani kuarantin di tempat yang ditentukan KKM. Terima kasih DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.”
Pulang dari Gaza, Ebit Lew teruskan misi bantuan dalam negara
Belum pun habis berpenat lelah dalam misi kemanusiaan di Palestin, Ustaz Ebit Lew terus komited dalam menggerakkan kerja-kerja kebajikan dalam negara melalui bantuan barangan dapur.
Berkongsi perkara tersebut melalui Facebooknya itu, pendakwah bebas tersebut turut meluahkan perasaan sayu terhadap ujian dihadapi rakyat di negara ini terutama yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sehingga segelintirnya sanggup mengambil tindakan membunuh diri.
Beliau sehubungan itu memberitahu bahawa pihaknya melalui Team Kasih Umat bersedia membantu rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka yang benar-benar memerlukan bantuan dengan membuat penghantaran barangan dapur pada Ahad.
“Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri,” kata Ebit Lew melalui Facebooknya.
Mengulas lanjut katanya, sumbangan tersebut akan disampaikan tanpa mengambil kira latar belakang bangsa atau agama.
“Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di seluruh Malaysia akan membantu. Esok (Ahad) mereka hantar setakat yang mampu,” katanya yang turut menyertakan nombor telefon yang boleh dihubungi di setiap negeri.
Hantaran tersebut turut mendapat sokongan dan doa daripada orang ramai daripada pelbagai bangsa yang menyokong usaha Ebit Lew.
Lyana Adriean menulis, “Penat balik dari Palestin belum hilang lagi. Ustaz dah mula fikirkan nasib rakyat Malaysia. Masya ALLAH. Alhamdulillah, Malaysia ada seorang Ustaz yang sangat prihatin akan nasib rakyat. Tanpa mengira bangsa dan agama. Moga panjang umur murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik buat Ustaz sekeluarga. Welcome back our hero!”
Jason Kan CL pula berkata, “Terima kasih UEL (Ustaz Ebit Lew). You are Malaysian hero. Salute.”
Sehingga kini, hantaran itu mendapat 192,000 sukaan, 7,100 komen dan dikongsi sebanyak 38,000.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan pendakwah terkenal itu selamat tiba di Malaysia selepas selesai menjalankan misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin pada Jumaat
Dalam satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang selalu mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau dan kumpulannya sepanjang menjalankan misi tersebut.
I LOVE YOU SAYANG BIDADARIKU. I LOVE YOU ANAK KU
Melalui satu posting di Instagram Ebit Lew, beliau berkongsi detik indah ketemu keluarganya selepas hampir 2 bulan berpisah.
Rindunya ya Allah. Dekat 2 bulan. Ya Allah. Setiap hari perit rasa rindu. Selalu sorok rasa rindu. Menangis seorang diri saat sujud. Apakan daya inilah tuntutan perjuangan kerana Allah. Kemuncak perjuangan kali ini perginya ayah tercinta. Ya Allah… Rindunya bidadari dan anak-anak. Maafkan ayah wahai anak-anakku. Maafkan abang yer, bidadariku..
Ya Allah terima kasih temukan dengan bidadari dan anak-anak. Hanya air mata ubat sedikit rasa rindu. Terpaksa menangis kuat-kuat kadang masa doa. Kuatkan hati masa call dan video call.
Ya Allah betapa sayangnya diriku pada bidadari dan anak-anakku. Sayangilah mereka. Jagakan mereka. Bersama kami didunia dan sampai syurga Firdaus.
I love you sayang bidadariku. I love you anakku
Video yang baru dimuat naik selama 30minit itu telah mendapat perhatian warganet dengan mengucapkan Alhamdulillah dan dibanjiri dengan simbol love tanda sayang.
Antara komen netizen
Mata masuk habuk
Setakat ini video tersibut telah memperolehi 320 ribu jumlah tontonan.
Sila tonton video di bawah
Selepas 2bulan akhirnya Ustaz Ebit Lew pulang ke rumah melepaskan rindu pada isteri dan anak tercinta❤
kredit instagram @ebitlew pic.twitter.com/PEagMo1B1t— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) July 16, 2021
Sumber BuletinMalaysia & insta Ebit Lew