Luna Maya

Tukang Buruh yg Lakukan Persetubuhan dengan AnakSedara lstri Di Sebelah lstri Akhirnya Terima Padah

Sungai Petani: Tindakan seorang remaja bawah umur menumpang tidur di rumah ibu saudaranya di sini semalam berakhir dengan tragedi hitam apabila dia dirogol suami wanita itu.

Difahamkan, mangsa berusia 15 tahun yang sudah berhenti sekolah itu dijaga neneknya sejak setahun lalu namun dia terpaksa menumpang di rumah suspek kerana neneknya itu pulang ke kampung mereka di Pendang selama dua hari.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa dikatakan tidur di dalam sebuah bilik bersama ibu saudara dan dua sepupunya.

Sungai Petani: Mabuk terlampau teruk dipercayai menjadi punca sehingga membuatkan seorang wanita tidak menyedari perbuatan keji dilakukan suami yang merogol anak saudaranya dalam bilik tidur mereka.

Difahamkan, sebelum itu pasangan suami isteri terbabit meneguk minuman keras menyebabkan kedua-duanya mabuk sehingga si isteri langsung tidak sedarkan diri dan tertidur dalam bilik bersama dua anak serta mangsa.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati ibu saudara mangsa langsung tidak menyedari kejadian menimpa remaja itu walaupun ia berlaku dalam bilik tidur sama.

“Kita tidak menolak kemungkinan ibu saudara mangsa tidak sedarkan diri akibat mabuk kerana difahamkan pasangan terbabit sebelum itu meminum arak,” katanya juga memaklumkan, remaja terbabit sudah berhenti sekolah sejak hampir setahun lalu.

Sumber itu turut memberitahu, hasil siasatan awal mendapati mangsa masih mempunyai ibu bapa namun dia diserahkan kepada neneknya untuk dijaga sejak setahun lalu.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kes rogol berkenaan masih dijalankan kerana suspek baru direman hari ini dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian mengenainya.

Harian Metro hari ini melaporkan, seorang remaja mendakwa dirogol bapa saudara ketika menumpang tidur dalam bilik di rumah suspek dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, semalam.

“Arak memudaratkan sehingga menjadi kes sebegini malahan lebih teruk hingga membabitkan nyawa . Terlampau banyak kes mengenai minuman keras . Tapi tak pernah dengar kes tentang ganja punca jadinya rogol orang pecah rumah langgar org . Malah lebih mengbati yang ada .. jadi nya.. mana manfaat dan mana mudarat” – Izad

“Kesiannya.. smoga mngsa ttp tabah slps ni.. Dan semoga kita dan ahli kluarga kita dijauhkn dari musibah yg sama insyaAllah” – Izad

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *