Luna Maya

Sejam Tunggu, Tahu-Tahu Lesap! Dasar Jntan Tak Guna..

Perjumpaan pertama kali buat dua insan yang baru mahu mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dekat sudah pasti meninggalkan kenangan seumur hidup. Mana tidaknya, pertama kali nak jumpa!

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Namun, temu janji pertama seorang gadis bertukar mimpi ngeri yang mungkin tidak dapat dilupakan apabila lelaki berkenaan dikatakan ‘melarikan diri’ secara tiba-tiba.

Bila makanan dah sampai: Kejap eh awak saya nak ambil barang dekat kereta sekejap.

Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok, lelaki tersebut dikatakan memberi alasan untuk mengambil barang yang tertinggal di keretanya selepas makanan tiba.

Namun, selepas lebih satu jam gadis tersebut menunggu, lelaki berkenaan tidak kunjung tiba. Malah tiada sebarang respon apabila dihubungi.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan dipercayai menyekat (block) gadis ini dan mendiamkan diri. Ketika itu barulah dia sedar bahawa lelaki tersebut telah pun beredar dan hanya memberi alasan ingin mengambil barang! Agak-agaknya kenapa dia pergi macam tu?

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai respon dan menjelaskan lelaki tersebut mempunyai alasan yang tersendiri mengapa dia berbuat demikian.

Tonton Video:

Sumber: Helomilo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *