Luna Maya

Bawa Datang Jumpa lbu, leIaki Rakam Gelagat Awek ‘nervous’ Masuk Dapur Akhirnya lni Yang Berlaku

Bagi golongan wanita yang bakal mendirikan rumah tangga, memang gementar sekiranya teman lelaki mengajak untuk bertemu dengan orang tuanya. Kalau boleh, pelbagai persediaan mahu dilakukan.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Rakaman berdurasi 12 saat itu memaparkan Noor Izzati menjenguk-jenguk ke arah dapur sebelum mendapat ‘keyakinan’ untuk membantu ibu teman lelakinya menyiapkan sebarang keperluan.

Video tersebut meraih satu juta tontonan dan dipenuhi lebih 1,000 komen dalam kalangan warganet yang memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi berkenaan.

Rata-rata warganet mengakui mereka juga akan mengalami perasaan gementar jika berdepan situasi sama apatah lagi akan bakal ibu mentua sudah tentu akan menilai daripada pelbagai sudut.

Mana tidaknya, cara didikan setiap ibu bapa adalah berbeza-beza. Jadi seseorang itu mesti bimbang sekiranya ada yang ‘tidak kena’ dengan penerimaan bakal ibu mentua.

Memang macam-macam ragam nak jumpa bakal mentua ni, padahal mereka okey saja. Yang penting ada persefahaman, pandai ambil hati dan saling hormat-menghormati kan!

Sumber:Ohmymedia, TikTok @de_danial

Leave a Reply

Your email address will not be published.