KUALA LUMPUR: Barangkali, hati pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, 37, sudah sekeras kerikil selepas empat tahun berdepan konflik rumah tangga bersama suami yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 38.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Sukar meluahkan apa yang terbuku di hati, namun keadaan memaksa Puteri Sarah lantang bersuara, apatah lagi, masih bergelar isteri kepada pengarah filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.
Syamsul Ajak Berjumpa
Puteri Sarah mengaku suaminya ada menghubungi dan mengajak untuk berbincang mengenai tuntutan perceraian yang difailkannya di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pagi tadi. Foto NSTP Aswadi Alias
“Tunggulah, mungkin (jawab) selepas ini. Sebelum ke sini (Mahkamah Syariah Kuala Lumpur), Syamsul beri kata-kata terakhir, tetapi saya tak boleh kongsi,” katanya sejurus menyudahkan prosiding memfailkan perceraian terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Puteri Sarah hadir ditemani dua adiknya, Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram serta peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Khamis lalu, Syamsul dilaporkan sudah nyahsekat nombor telefon Puteri Sarah, baru-baru ini
Puteri Sarah dilaporkan berkata, nyahsekat itu dilakukan selepas suaminya memuat naik video dalam Instagram (IG) menjawab dakwaan bahawa panggilannya disekat pengarah kontroversi itu, sejak setahun lalu.
Ditanya apakah sudah bersedia berdepan proses panjang tuntutan cerai, Puteri Sarah enggan memikirkan perkara itu.
Sebaliknya, katanya, dia lega urusan tuntutan cerai lancar. “Saya tidak kisah jika kes ini berlarutan. Namun, apa yang penting, saya lega kerana sudah memfailkan tuntutan perceraian.
“Apa yang penting, kita mulakan langkah pertama ini (memfailkan perceraian). “Saya mahu mengerjakan Umrah pada 26 Januari ini, jadi saya tidak mahu ada masalah yang tidak selesai.
“Segala-galanya sudah terjawab. Saya mahu pulang dari Umrah dan memulakan kehidupan baharu bersama anak-anak,” ujar Puteri Sarah.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.
Ibarat menyepi seketika dari industri hiburan selepas berkahwin pada tahun 2014, ia merupakan sebuah pengorbanan besar Puteri Sarah Liyana untuk fokus menjaga keluarga. Namun kebahagiaan cuma seketika setelah dia mendapati ada orang ketiga sudah masuk meracuni rumah tangganya sekitar 2019.
I tahu perempuan kena ada duit sendiri kalau apa-apa jadi…I ditanggung suami & tak kerja. Melalui video live bersama rakan baiknya, Neelofa, wanita berusia 37 tahun ini sempat mengimbau semula detik sedih apabila pernikahannya mula bergelodak.
6 tahun bergelar suri rumah sepenuh masa, Sarah akui pernah rasa takut membuat keputusan untuk ‘angkat kaki’ kerana tiada pekerjaan sendiri. Kalau berserah 100% pada Allah, memang akan ada jalan…Kita rasa mustahil tapi benda tu ada.
Melihat kemelut yang tercetus semakin serius, Sarah mendapat jawapan sebenar setelah dia membuat Tahajjud. Sedar wanita perlu mencari duit sebagai persediaan sebelum hujan, dia perlahan-lahan kumpulkan kekuatan untuk bangkit membuat keputusan berani.
Berdoa dengan sesungguhnya kepada Allah yang Maha Memberi, ibu dua anak ini amat bersyukur kerana diberikan rezeki berpanjangan sehingga sekarang. Member aku suri rumah pernah diduakan…Laki tu cakap suka perempuan yang pandai berdikari.
Setuju dengan pesanan “wanita perlu ada duit sendiri”, ramai netizen juga mempunyai prinsip yang sama. Tidak kiralah sebagus mana pun seorang suami, mereka tetap ada sumber pendapatan sendiri sebagai plan B.
“lelaki hari Ni memang tak nampak wife bkorban kerjaya utk urus anak boleh buat dua kerja Pon dia masih nak sailang wife”
“ramai aje……bini2 ditinggal gantung tak bertali.. yang lelaki menambah bini sesuka hati…bini pergi tanggung anak2 berderet… kisah pahit untuk si anak tak ada membela”
“Tidak ada siapa yang ingin cerita keburukan nya,tapi tetap kata suami itu jugak yang jahat fikir2 cuma tanya ada tak manusia itu hendak cerita keburu”. “Memang puteri Sarah ni jenis humble je kan dia betul2 jaga keluarga tengok cara dia pun tau dia isteri yang baik”
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber : erinsakura