Luna Maya

Sangka ibu sakit ‘tertidur’, anak kecil terlena disisi jasad ibu yg telah tiada

Dugaan setiap insan itu pelbagai. Ada yang sudah diuji sedari kecil lagi sehingga mereka membesar menjadi seorang yng kuat dan tabah dalam meneruskan kehidupan.

Tapi, ketika melalui saat duka seperti kematian insan tersayang, impak kesedihannya pasti berbekas dalam diri kanak-kanak.

Hal ini dikongsikan oleh Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) apabila mengendali dan menguruskan jenazah seorang ibu yang meninggalkan anak-anak yang masih kecil.

Tidur selepas ibu ‘tertidur’ selamanya.

Menurutnya, kanak-kanak itu telah menemani ibunya yang sedang sakit pada malam hari sehingga ibunya tertidur. Kemudian, kanak-kanak itu barulah tidur tanpa menyedari bahawa ibunya telah pergi selamanya.

Kanak-kanak itu memberitahu yang ibunya muntah darah sebelum tertidur. Jadi, selepas melihat ibunya tidur, dia mengambil peluang untuk melelapkan mata memandangkan ketika itu gilirannya menjaga ibu yang terlantar sakit kerana menghidap kanser.

Pengerusi Eksekutif SPJM itu akui sebak mendengar cerita kanak-kanak berusia 8 tahun itu dan segera menggerakkan 15 petugasnya dan beberapa orang jiran yang baik hati untuk membantu menguruskan jenazah.

Bekas suami menangis ucap terima kasih

Selepas selesai menyempurnakan jenazah, pihak SPJM memberi peluang untuk anak-anak menatap wajah ibu muda tersebut buat kali terakhir. Dapat dilihat kanak-kanak tersebut memegang alat mainan kecil seakan menenteramkan dirinya.

Bekas suami turut hadir membantu namun memaklumkan tidak mampu untuk membayar apa-apa kerana beberapa hari lepas 2 saudaranya turut meninggal dunia akiba Covid-19. Simpanannya juga sudah habis untuk membayar pengurusan jenazah

Urusan pengebumian berjalan lancar

Pihak SPJM segera memujuk kegusaran itu dengan mengatakan tiada sebarang bayaran kerana segala kos akan ditanggung. Jelas terpancar rasa lega diwajah bekas suami allahyarham dan tak henti-henti mengucapkan terima kasih.

Jenazah juga telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Innalillahiwainailahirajiun…

Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa sebak melihat situasi tersebut. Mereka juga mendoakan agar kanak-kanak itu serta seluruh ahli keluarga allahyarham dapat bertabah menerima ketentuan daripada Allah S.W.T.

Disampingi itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada SPJM apabila bergegas menghulurkan bantuan menyempurnakan proses pengebumian kepada mereka yang memerlukan dan hal tersebut sudah tentu mendapat pujian

Sumber Muhammad Rafieudin & Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *