Luna Maya

Sajat bercerita dengan media UK, dakwa dianiaya – “Saya takkan baIik MaIaysia”

Usahawan kosmetik sensasi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mengakui terpaksa melarikan diri dari Malaysia selepas mendakwa dikasari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menerusi temu bual portal berita antarabangsa popular BBC News, lelaki berusia 36 tahun berkata dia mempunyai hak untuk

menyayangi agama Islam dengan cara tersendiri sebagai seorang Muslim dan transgender.

“Saya dilayan dengan teruk, dipukul serta digari meskipun telah memberikan kerjasama. Kesalahan (dilakukan) boleh dibincang, bukannya menggunakan kekerasan.

“Mungkin mereka melihat saya ini transwoman, mereka rasa tidak kisah. Bila saya menunaikan umrah atau mengadakan majlis kesyukuran, itu adalah untuk saya menghormati agama saya,” katanya.

Malah Sajat menegaskan, dia mungkin tidak akan pulang ke tanah air kerana mendakwa didiskriminasi dan ditindas orang ramai sekali gus menyukarkan dirinya untuk hidup dengan tenang.

“Saya rasa saya takkan kembali ke Malaysia kerana tiada kedamaian saya berada di sana. Bila saya berada di sini (Australia), saya lebih bebas untuk menjadi diri saya sebagai transwoman,” luahnya.

Terdahulu, Sajat nekad berhijrah bagi memulakan hidup baharu di Negara Kanggaru itu selepas menjadi pelarian di Thailand setelah melarikan diri dari negara ini pada Februari lalu.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Sumber : Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber: BBC News (Jonathan Head)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *