Luna Maya

Atuk yang suruh cucu dilaporkan ke polis, khayaI & Ialok punca remaja dimandikan

Isu remaja yang dimandikan seperti jenazah kerana cuba mencuri tabung masjid tempoh hari benar-benar menjadi perdebatan ramai susulan jemaah masjid dikecam kerana bertindak kasar ketika memandikan tertuduh.

Walau bagaimanapun, remaja berusia 19 tahun itu telah ditahan dan mahkamah majistret sudahpun menjatuhkan hukuman penjara 10 hari serta denda sebanyak RM4,000.

Menurut warga emas berusia sekitar 70an itu, dia sendiri yang meminta Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) Masjid Al Islahiah membuat laporan keatas cucunya sebagai pengajaran.

Tambah warga emas itu lagi, Daniel sememangnya bermasalah kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dia juga beberapa kali mencuri di rumah dan tindakan membiarkan remaja itu ditahan adalah supaya dia tidak melakukan perkara sama kepada orang lain.

Selain itu, Malaysia Gazette turut mendapatkan penjelasan daripada Nazir Masjid Al Islahiah. Menurut lelaki itu, atuk kepada Daniel sering sahaja mendapat bantuan daripada pihak masjid dan bukanlah seperti yang didakwa tertuduh semasa di mahkamah tempoh hari.

Dia juga memaklumkan tindakan memandikan remaja itu seperti jenazah disebabkan tertuduh berada dalam keadaan lalok serta khayal sewaktu ditahan.

Terdahulu, video seorng remaja dimandikan seperti jenazah telah tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai maklum balas.

Ada diantara mereka mengecam tindakan imam dan masjid kerana melakukan perbuatan kasar kepada tertuduh walaupun dia melakukan kesalahan.

Walau bagaimanapun, remaja berkenaan telah dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah, Kuang.

Sumber: Twitter Malaysia Gazette, Bernama, Kredit Foto: Malaysia GazetteBernama Nur Aimidiyana Huzer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *