Sejak tengah malam tadi, sebuah video tular di media sosial memaparkan insiden pergadvhan.
Ia berlaku antara dua pihak dipercayai berlaku di Pasir Tumboh, Kelantan.
Menurut laporan Kosmo! Online, kejadian dipercayai tercetus antara pemandu kereta jenis Perodua Myvi dengan pemandu serta penumpang Perodua Alza yang nyaris terlibat dalam kemalangan.
Rakaman Video Di Bawah Sekali
Seorang pengguna laman Twitter, @ReezaFendi berkongsi rakaman video berdurasi lebih tiga minit itu.
Ia kelihatan pemandu Perodua Myvi bertindak dahulu dengan menendang bahagian depan Perodua Alza.
Mungkin berang dengan tindakan itu, ‘geng’ Perodua Alza dipercayai hilang sabar sebelum bertubi-tubi membelasah pemandu kereta Perodua Myvi berkenaan.
Bukan sebarangan orang ni
Orang kelantan baik-baik, yang ni je sesat
Baju kelabu tu jangan diprobok
Dah jadi kes polis da pun
Lagi kelakar baca komen
Bagaimanapun, pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh orang ramai dan pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian.
Malah, pihak Kosmo! Online juga dikatakan sedang berusaha bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis mengenai kejadian tersebut.
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian pergaduhan dipercayai bermula daripada kejadian ejek-mengejek dan pertengkaran sebelum membawa kepada aksi menendang kereta di Jalan Pasir Tumboh, Kota Bharu, kira-kira jam 5 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud, berkata laporan mengenai kejadian itu diterima daripada seorang lelaki berusia 30 tahun yang mendakwa menjadi mangsa pukul dalam kejadian tersebut.
“Menurut keterangan lelaki terbabit, semasa dia berjalan berseorangan pulang dari tempat kerjanya di Lundang, datang sebuah kereta Perodua Alza dinaiki seorang lelaki bersama tiga perempuan,” katanya.
Menurut Abdul Rahim, pengadu mengaku mengenai pemandu kereta terbabit.
Katanya kejadian bermula apabila pemandu kereta membunyikan hon dan menghentikan kereta lalu berlaku pertengkaran dan ejek-mengejek di antara kedua belah pihak sebelum kereta tersebut ditendang pengadu.
“Ia membawa kepada pergaduhan yang menyebabkan pengadu dipukul oleh beberapa individu termasuk seorang wanita,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Semalam, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai selepas berlaku satu pertengkaran mulut dan aksi menendang kereta.
Abdul Rahim berkata, punca sebenar pergaduhan masih dalam siasatan kerana polis masih menunggu pihak yang satu lagi tampil membuat laporan.
Dia juga menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan saksi serta mereka yang terlibat sedang dijalankan.
“Polis meminta sesiapa yang menyaksikan kejadian itu serta yang merakamnya agar hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi membantu siasatan.
“Kami juga menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri dalam sesuatu perkara seperti dalam kes ini kerana ia salah dari segi undang-undang,” jelasnya lagi.
Rata-rata netizen lebih tertumpu kepada penampilan salah seorang wanita di dalam video terbabit yang mengenakan sanggul tinggi berbanding detik pergaduhan.
Tonton Video
Tak tahu kes apa
Tempat kejadian tidak dapat di kenal pasti.
Yang penting GOCOH pic.twitter.com/47yXgvURH7— RxF Rhaled (@ReezaFendi) July 13, 2021
Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Ayman Ghaffa) , Twitter @ReezaFendi