Luna Maya

“Hilang kata-kata” Penyewa 2 perempuan. Sedih rasa bila tengok rumah kita disewakan jadi macam ni, semua kita dah sediakan

“Speechless”

Itulah antara perkataan yang tidak dapat digambarkan perasaannya bila dapat gambar keadaan rumah milik Puan Suhaila Sujak yang disewakan.

Menurut beliau, penyewa dua orang perempuan hanya menyewa bilik sahaja. Segala kemudahan seperti peti ais, iron, mesin basuh serta dapur telah pun disediakan olehnya sendiri untuk penyewa.

Sila scroll sehingga akhir artikel, anda pasti terkejut dengan keadaan peti ais!

Tambah beliau lagi, sebelum PKP dia sendiri pernah jenguk rumah tersebut. Ketika itu keadaan rumahnya itu sama seperti yang berlaku sekarang.

Tetapi beliau masih memberi peluang pada mereka dengan mengharapkan mereka akan berubah. Sayangnya selepas 10 bulan berlalu, tetap terjadi lagi.

Buka je pintu rumah pasti akan terbau tahi kucing sehingga mencucuk hidung. Rupa tandas lagi lah sampai tak sanggup nak ambil gambar, rasa nak termuntah.

Jom kita lihat gambar-gambar keadaan rumah milik Puan Suhaila Sujak yang dikongsikan oleh beliau di akaun Facebooknya.

Speechless… Sedih rasa dapat gambar rumah kita yg disewakan begini rupa. Penyewa hanya sewa bilik. 2 org perempuan. Kita sediakan kemudahan peti ais, iron, mesin basuh, dapur utk digunakan… Sebelum pkp, kita jenguk begini juga rupa dia. Kita tahan hati sental bilik air, dapur, bilik basuh, bagi peluang. Dekat 10bulan terjadi lagi macam ni . Buka pintu je, bau tahi kucing mencucuk2 hidung.. tandas tak lalu nak ambil gambar, rasa nk termuntah. asalnya ni rumah baru… Kemas dan bersih je..

Luahan hati dari Puan Suhaila telah menarik perhatian dari warganet. Setakat artikel ini ditulis, post berkenaan telah mendapat 5 ribu jumlah perkongsian.

Yang ni paling sedih, gambar peti ais. Beliau turut berseloroh:

Nak makan apa? Saya masakkan.. Agak-agak lalu tak?

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan tidak puas hati mereka terhadap penyewa perempuan tersebut.

“Uish.dahsyat nya. Dlu sy sewa umah, so far tak pernah tahap kotor gini.siap mr lee tu puji syg nak dpt tenant mcm sy. Umah kosong sy deco sampai lawaa habis. Kalo new tenant dtg,terus byr depo xckp bnyk da”

“kalau banyak barang sekalipon jgn hitam legam mcmtu ko biarkan. ni silap2 kalau Aku dtg, Aku pulak yg tolong cucikan ni”

“Sardin tu boleh pulak guna mcm tu..bukak tin, tak habis guna. Aduhai..Aku tengok pun rasa mcm ceri beri terus !”

Sumber: Buletin Malaysia & Facebook Suhaila Sujak

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *