Luna Maya

Video tuIar bikin ramai geram, ambulans didakwa terpaksa berhenti sebab VIP nak lalu?

Sebagai pengguna jalan raya, biasanya kita akan membeeri laluan jika ambulans ingin lalu. Hal ini bagi memastikan setiap urusan ambulans berjalan dengan lancar lebih-lebih lagi jika mereka membawa pesakit ataupun untuk tujuan kecemasan.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Namun begitu, sejak pagi tadi, tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna jalan raya di kenali sebagai @syzwnrose apabila berkongsi satu momen dimana ambulans telah sama-sama berhenti di persimpangan jalan bagi memberi laluan kepada rombongan VIP yang dikatakan menuju ke kawasan banjir.

ambulan bhenti bg laluan vip

Menerusi video tersebut dapat dilihat yang pihak berkuasa telah menjaga lalu lintas supaya kenderaan-kenderaan yang dikatakan milik orang kenamaan dan wakil-wakilnya dapat melalui jalan tersebut dengan lancar.

Orang awam dan ambulans yang berada disitu didakwa perlu berhenti sebentar untuk memberikan laluan buat mereka.

Sehubungan dengan itu, ramai yang telah meninggalkan komen dengan menyatakan rasa kesalnya melihat situasi sebegitu.

Walau bagaimanapun, masih ada yang bersangka baik berkemungkinan ambulans tersebut tidak membawa pesakit dan boeh sahaja berhenti memandangkan tiada keperluan kecemasan.

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak berhubung video yang tular tersebut. Diharap apa yang berlaku sekadar salah faham dan mungkin memang benar tiada sebarang kecemasan yang perlu dikejarkan pihak ambulans.

 

Sumber: Ohmymedia,Twitter @syzwnrose

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *