Luna Maya

Hanya Sekali Lafaz, Remy Ishak Sah Bergelar Suami Ezza Yusof

Tahniah diucapkan kepada pelakon Remy Ishak yang selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati, Ezza Yusof.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard (SOP) dimana hanya dihadiri kedua mempelai dan wali serta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh rakan Ezza Yusof menerusi laman Instagram miliknya.

Terdahulu, Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun putus pada 2019. Bagaimanapun, timbul desas desus kembali bersama tahun ini selepas Remy meraikan majlis hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Sumber kepada Harian Metro berkata, sebelum itu Remy dan Ezza akan bersiap di sebuah hotel terkemuka di sini sebelum dibawa di lokasi pernikahan pada pagi Sabtu ini.

Busana pernikahan mereka juga mendapat sentuhan pereka fesyen muda terkenal.

Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun putus pada 2019. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka bercantum kembali tahun ini.

Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 majlis itu dibatalkan.

Remy Ishak Nikah Sabtu Ini, Bakal lstri nya Bukan Calang² Orang

Menerusi temu bual media sebelum ini, Remy mengakui hubungan dengan Ezza penuh dengan dugaan dan ujian.

“Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Ezza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang, namun bercantum kembali.

“Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar daripada kehendak kami,” katanya.

Kenali Ezza Yusof

Selepas putus tunang sekitar tahun 2019, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Ia sekali gus mengesahkan bahawa hubungan cinta mereka kembali bertaut.

Remy Ishak boleh dikatakan antara pelakon lelaki yang menjadi kegilaan wanita-wanita di Malaysia ni kerana karakternya yang bersahaja dan kelakar.

Bukan itu sahaja, malah mempunyai rupa Melayu tulen dan bentuk badan yang ‘fit’.

Tapi maaf, kini Remy bakal menjadi suami orang. Bakal isterinya bukan model, bukan artis, bukan individu yang popular pun..

Jadi siapakah sebenarnya gerangan gadis bernama Ezza Yusof ni? Anda mesti nak tahu kan.

Remy Ishak Nikah Sabtu Ini, Bakal lstri nya Bukan Calang² Orang

Ezza merupakan seorang penggemar fesyen. Pada siapa yang follow Ezza di Instagram, dia selalu memuat naik gambar trend pemakaian terkini serta design kasut/heels yang terkini.

Remy Ishak Nikah Sabtu Ini, Bakal lstri nya Bukan Calang² Orang

Tidak hairan lah Ezza mempunyai perniagaan yang berlandaskan fesyen iaitu menjual kasut untuk kaum wanita.

Kalau tengok dalam IG Ezzarl gambar baby ini ada jer, tapi bukan anak dia ya. Ini anak saudaranya.

Dia belum pernah kahwin lagi uols! Biasala orang perempuan kan suka baby, ciri-ciri wanita penyayang sangat!

Remy Ishak Nikah Sabtu Ini, Bakal lstri nya Bukan Calang² Orang

Ezza merupakan founder @2tomorrowmy. Anda boleh lihat kasut-kasut yang dijualnya sangat cantik dan trendy.

Nak tahu lebih lanjut anda boleh check out di laman Instagram Ezza.

Remy Ishak Nikah Sabtu Ini, Bakal lstri nya Bukan Calang² Orang

Remy Ishak Nikah Sabtu Ini, Bakal lstri nya Bukan Calang² Orang Remy Ishak Nikah Sabtu Ini, Bakal lstri nya Bukan Calang² Orang Remy Ishak Nikah Sabtu Ini, Bakal lstri nya Bukan Calang² Orang

Remy Ishak Nikah Sabtu Ini, Bakal lstri nya Bukan Calang² Orang

Sama cantik, sama padan.

Kini mereka tidak akan melupakan detik bermulanya perjalanan mereka untuk mendirikan rumahtangga dan mulakan hidup bersama.

Remy Ishak lebih senang untuk tidak menceritakan lebih lanjut tentang berita pertunangannya itu tetapi kami pasti ramai yang gembira.

Apa-apa pun kami doakan supaya pasangan ini hadapi fasa pertunangan dengan tenang dan seterusnya ke jinjang pelamin.

Remy Ishak Nikah Sabtu Ini, Bakal lstri nya Bukan Calang² Orang

Tahniah kami ucapkan! Selamat pengantin baru Remy Ishak dan Ezza

Leave a Reply

Your email address will not be published.