Luna Maya

Khabar duka, Remaja IeIaki maut digiIis jentera penggelek jaIan

BINTULU: Seorang remaja lelaki maut digilis jentera penggelek jalan ketika meratakan aspal jalan di kawasan lampu isyarat Siong Boon, Jalan Johari Sunam, petang semalam.

Ketika kejadian jam 5.15 petang itu, mangsa dikenali sebagai Jeffry Jaya, 17, sedang melakukan kerja penurapan jalan sebelum dilanggar lalu digilis jentera terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan sedang menjalankan kerja di pinggir jalan yang sedang dalam proses penurapan.

Warga emas ditemui meninggal dunia di kerusi menunggu kaunter Jpj. Salam takziah buat keluarga       

“Tiba-tiba sebuah jentera penggelek jalan yang dikendalikan seorang lelaki berusia 57 tahun yang bergerak perlahan dari arah hadapan merempuh mangsa menyebabkannya digilis lalu terperosok ke bahagian bawah jentera,” katanya.

Alexson berkata, rakan sekerja yang lain sejurus itu berteriak mengatakan rakan mereka digilis menyebabkan pengendalinya serta-merta memberhentikan jentera.

Katanya, mangsa yang parah di seluruh badan kemudian dikejarkan ke Hospital Bintulu sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber BH

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga mangsa. Semoga tabah hadapi dugaan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *