Luna Maya

“Rebah masa main bola..” – Rakan sebak, Firdaus sempat post foto di padang sebelum meninggal

Pemergian ejen takaful, Mohd Firdaus Zainor Abidin yang didakwa rebah ketika bermain bola sepak sebelum meninggal dunia petang Jumaat mengundang sebak ahli keluarga serta rakan-rakan di media sosial.

Difahamkan, arwah yang sememangnya aktif bersukan sempat memuat naik satu posting di laman Facebook memaparkan foto dirinya berada di sebuah padang bola.

“Lama tak bersukan ni.. Kita tengok berapa minit boleh tahan?,” tulis status terakhir Allahyarham sehingga dikongsi sebanyak 111 kali.

Menerusi tinjauan di akaun Facebooknya, ramai kenalan menitipkan ucapan takziah kepada ahli keluarga arwah selain mendoakan roh semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang soleh.

Berita duka itu turut menjadi bualan di laman Twitter dimana seorang individu bernama @MomoAyumi_ menasihati orang ramai agar peka dengan kondisi badan dan tahap kesihatan sebelum melakukan senaman.

@MomoAyumi_ berkata, setiap orang perlu memulakan senaman ringan seperti ‘berjalan laju’ terlebih dahulu sekiranya sudah lama tidak melakukan aktiviti sukan.

 

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsi seperti hasil pemeriksaan pihak hospital berhubung pemergian Allahyarham Mohd Firdaus. Salam takziah diucapkan!

Sumber: OhMyMedia, Facebook Firdaus Zainor , Twitter @MomoAyumi_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *