Seorang kanak-kanak genius dalam bidang fizik kini sedang dalam perancangan untuk menjadikan manusia sebagai satu hidupan abadi.
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, Laurent Simons mengejutkan dunia apabila bukan sahaja berjaya merangkul ijazah sarjana di usia 11 tahun.
Tetapi juga berjaya menamatkan pengajian hanya dalam tempoh satu tahun sahaja berbanding tempoh tiga tahun yang diberikan..
Lulus pengajian dengan gred 85% daripada Universiti Antwerp, Laurent mungkin boleh menyelesaikan pengajian pada usia lebih awal.
Dapat Ijazah Kejuruteraan Elektrik pada Umur 9 Tahun
Namun pada tahun 2019 beliau berhenti daripada Universiti Eindhoven pada usia sembilan tahun.
Ia selepas pegawai enggan membenarkan kelulusannya sehingga beliau genap berusia 10 tahun.
Berhasrat mahu melanjutkan pengajian di California kerana cuaca di sana yang baik, kejayaan Laurent ini berjaya mengalahkan rekod yang dipegang dari tahun 1994.
Iaitu Michael Kearney yang bergraduasi semasa berusia 10 tahun di University of Albana (Kearney kini berusia 35 tahun).
Dalam satu temu bual CNN, ayah Laurents yang merupakan seorang doktor gigi mendedahkan kanak-kanak itu telah mempunyai perancangannya yang sendiri.
Iaitu mendapatkan kelulusan Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan elektronik.
Kemudian menyambung pengajian ijazah dalam bidang perubatan kemudiannya menghasilkan jantung tiruan dan melakukan penyelidikan dalam bidang organ buatan serta robotik.
Jadikan Manusia Kekal Abadi
Dalam satu laporan mendedahkan Laurent tidak mengejar rekod sebaliknya tidak sabar mahu mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam hidup.
Teka-teki pertama yang mahu beliau selesaikan ialah bagaimana untuk menggantikan sebanyak mungkin bahagian badan dengan bahagian mekanikal.

Sudah mengikuti beberapa program sarjana dan secara rasminya akan memulakan pengajian sarjananya selepas musim panas.
Laurent mendedahkan tujuan utama beliau adalah untuk menjadikan manusia kekal abadi.
Gunakan Formula Ini
Hukum Fizik, Tapi Langgar Hukum Biologi
Dah besar nanti mesti penat hidup lama
Biasalah tu budak, tunggu dia sunat nanti
Awal sangat bijak ni
Sebelum ini, Laurent dilaporkan sudah memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik di University of Technology, Eindhoven (TUE) pada usia sembilan tahun.
Ia selepas berjaya melengkapkan pengajian dalam masa sembilan bulan.
Beliau yang sedang menyiapkan projek tahun akhirnya mengenai cip elektrik yang berkait dengan otak memiliki tahap kecerdasan minda (IQ) sebanyak 145.
Sudah memulakan persekolahan pada usia empat tahun dan menamatkan sekolah menengah pada usia lapan tahun dalam tempoh 18 bulan.
Laurent bercita-cita mahu menjadi seorang angkasawan atau pun pakar bedah jantung selepas ini.
Beliau kemudian turut memberitahu walaupun banyak universiti yang menawarkan untuk menerima Laurents sebagai penuntut di sana.
Namun mereka sebagai ibu bapa tetap mahukan kehidupan kanak-kanak anaknya dijalani secara seimbang.
Selain daripada meminati ilmu pengetahuan, Laurent yang memiliki 30,000 pengikut di Instagram.
Dia gemar mengisi masa lapangnya dengan permainan video Minecraft dan Fortnite serta menonton Netflix.