Luna Maya

“Remaja itu yg datang menceroboh” – Pihak masjid serah kepada peguam, tidak akan memohon maaf

SHAH ALAM – Pengurusan Masjid Al-Islahiah di Kuang yang terpalit isu video tular memaparkan seorang remaja dimandikan seperti jenazah sudah menyerahkan perkara itu kepada peguam.

Malah, pihak pengurusan masjid berkenaan juga tidak berhasrat untuk membuat permohonan maaf kepada remaja terbabit, Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19, dalam tempoh terdekat ini.

Nazir masjid berkenaan, Supandi Samin berpandangan, remaja terbabit yang perlu berbuat demikian kepada pengurusan masjid berkenaan kerana kesalahan menceroboh.

“Pada pandangan saya, di sini ada dua isu, satu remaja itu datang menceroboh, jadi siapa yang patut minta maaf, adakah masjid yang kena minta maaf, dia datang ke tempat kita.

Hakim Datuk Abd Halim Aman dilaporkan berkata, pihak yang terlibat dalam insiden berkenaan perlu bertindak sedemikian sebagai langkah untuk menjernihkan keadaan.

Ketika prosiding semakan berhubung keputusan Mahkamah Majistret Selayang terhadap Daniel, Hakim Abd Halim menyarankan pegawai syarak,

AJK masjid dan pihak yang merakam serta menularkan video itu mmbuat permohonan maaf kepada tertuduh dan masyarakat.

Dalam pada itu, Supardi mengakui isu video tular itu memberi kesan kepada imam masjid berkenaan yang kini ‘merajuk’ namun fungsi masjid berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Sumber SH

Leave a Reply

Your email address will not be published.