Luna Maya

Rakaman kemaIangan Mazda bertembung Iori, atok meninggal dunia cucu cedera parah

MARANG – Seorang juruteknik maut manakala cucu lelakinya berusia 20 bulan cedera parah selepas kereta Mazda CX5 dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 58, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Rhu Kubur di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, Azman Awang, 56, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Deris berkata, cucu mangsa, Aisy Mateen Mohd. Amin pula cedera parah di bahagian kepala.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, Azman yang bekerja di Sekolah Menengah Imtiaz Dungun dikatakan dalam perjalanan menuju ke sebuah kedai di Jambu Bongkok di sini dari rumah mereka di Rantau Abang, Dungun untuk membeli barang.

Beliau berkata, mayat Azman telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

“Cucu mangsa yang cedera parah pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber kosmo

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *