Luna Maya

Rakaman Tukang Cat Tergantung ‘Tak Bertali’ Di Tingkat 26 Kondominium

Seorang wanita Thailand tergamak memotong tali keselamatan dua tukang cat ketika individu berkenaan melakukan kerja di tingkat 26 di sebuah kondominium.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Ramakan Tukang Cat Tergantung 'Tak Bertali' Di Tingkat 26 Kondominium

Memetik laporan media Thailand, penghuni rumah berkenaan bertindak memotong tali keselamatan dua tukang cat berkenaan kerana berang melihat pekerja berkenaan berada di luar biliknya.

Ramakan Tukang Cat Tergantung 'Tak Bertali' Di Tingkat 26 Kondominium

Salah seorang tukang cat yang dikenali dengan nama Song memaklumkan dia dan rakannnya turun dari tingkat 32 untuk membetulkan keretakan pada bangunan tetapi setibanya di tingkat 30, mereka berasa tali keselamatan yang digunakan lebih berat.

Berikutan daripada itu, kedua-dua individu ini tergantung di tingkat 26 sebelum berjaya diselamatkan. Menurut sumber, pada awalnya suspek menafikan tindakannya itu namun pihak polis berjaya mengesan cap jari suspek pada tali yang terputus selain bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun atas pertuduhan cubaan membunuh.

Tonton Video :

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *