Luna Maya

“lepas ni tak dapat peIuk cium awak” – Luahan sebak lstri mangsa kemaIangan maut menyentuh hati

Gombak: Seorang jurujual maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan bergesel dengan besi penghadang jalan di Kilometer 26 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Bentong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.45 pagi.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 0176645812 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Luahan Isteri Mangsa Kemalangan Mengundang Sebak

Assalamualaikum sayang, saya datang nak jumpa dan jemput awak. mesti awak sejuk duduk dalam peti lama lama kan. nak peluk awak. Lepasni tak dapat peluk cium awak. patut lah dalam kereta balik klang awak cium kepala saya lama. Saya baru perasan. maafkan saya

“Terlalu Ramai Yang Sayangkan Awak B”

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber HM dan Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.