Setiap hubungan yang sudah halal pasti akan ada kemanisannya. Lebih-lebih lagi jika sembelum bernikah masing-masing menjaga ikhtilat dan tidak terlalu mengikuti kata hati yang sedang dibuai rasa cinta.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Sudah tentu perasaan malu-malu ketika kali pertama bersentuhan menjadi perkara yang sangat gugup dan mendebarkan walaupun dengan pasangan kita sendiri.
Hal tersebut samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @irdinakhairri apabila memuat naik momen kakaknya yang malu-malu untuk bergambar dengan suami setelah sah bergelar isteri.
Menerusi video yang dimuat naik, pengantin perempuan seakan tidak selesa untuk bergambar secara dekat dengan suami walaupun abang ipar kepada pengguna TikTok berkenaan sudah cuba menarik tangan isterinya.
Situasi lucu itu telah mendapat lebih dari sejuta tontonan hanya dalam masa 3 jam sahaja selepas dimuat naik.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet berasa lucu dengan situasi itu kerana muka pengantin lelaki cukup ‘reda’ apabila isterinya masih lagi malu-malu.
Walau bagaimanapun, mereka juga mendoakan agar pengantin baru ini terus bahagia hingga ke syurga dan memperolehi zuriat yang soleh serta solehah di masa hadapan.
Tonton Video :
Tak biasa rapat2, pengantin perempuan tersipu malu nak bergambar dengan suami pic.twitter.com/TOioYvpDG0
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) December 28, 2021
Sumber Ohmymedia