Luna Maya

“Kita beIum pasti lagi masih hidup” Pencarum menangis rayu keIuar i-Citra RM10,000

“Nak tunggu hari tua, kita belum pasti lagi masih hidup nanti, duit itu duit saya, saya perlukan,” katanya.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

PETALING JAYA – Pencarum menangis dan merayu memohon kerajaan membenarkan pengeluaran i-Citra terakhir sebanyak RM10,000 dari simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana mereka sudah terdesak.

Menerusi perkongsian Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di laman Instagramnya, memaparkan kisah seorang lelaki memohon agar beliau bertindak segera memohon pihak kerajaan agar memberi peluang sekali lagi kepada setiap pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan mereka menerusi i-Citra.

Menurut lelaki tersebut, dia mempunyai komitmen yang tinggi temasuklah menampung perbelanjaan anaknya di universiti dan amat memerlukan wang tersebut ketika ini.

“Sememangnya di mana saya pergi, pasti ramai yang tegur dan meletakkan harapan tinggi untuk pihak kami terus memperjuangkan nasib mereka untuk disuarakan bahawa mereka amat-amat memerlukan RM10,000,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut menyeru Dr Asyraf untuk membantu rakyat yang terkesan dengan PKP supaya memohon menteri kewangan untuk memberi pengeluaran duit KWSP RM10,000.

“Betul tu. Tolonglah Dato’ DAWD. Please. Kasihanilah kami. Kami amat memerlukan. Jom sama-sama kita perjuangkan pengeluaran kwsp 10k one off kali terakhir. (Kalau boleh himpun, himpun jela kat bangunan parlimen tu). Takkan dah mati esok, masih terngiang-ngiang hutang tak dibayar.” – Husnul

“Allahu..kerajaan kena lebih peka kepada kesusahan rakyat.. jngan lihat pada isu banjir shj.. dalam soal ini harus pukul rata

dalam memberi bantuan untuk kestabilan rakyat yg kesusahan sekarang ni. Moga abg dipermudahkan urusan..” -Malek Senja

Tonton Video:

Sumber : buletin3, Facebook Dr Asyraf

Leave a Reply

Your email address will not be published.