Luna Maya

PM Ingin Wujudkan Kerajaan Krjasama dgn Pembangkang, Respon Najib Razak Menjadi Perhatian Ramai

Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan ucapan awam pertamanya sebagai perdana menteri hari ini menyeru semua ahli Dewan Rakyat untuk bersatu dan menggembleng tenaga sebagai “keluarga Malaysia” untuk memulihkan semula negara.

Ismail mengajak pemimpin politik tanpa mengira latar belakang ideologi supaya mencari persamaan dan tidak lagi menggali perbezaan.

“Saya menyeru kepada seluruh ahli Dewan Rakyat, sama ada dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.

“Marilah kita, dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan.”

PM Ingin Wujudkan Kerajaan Krjasama dgn Pembangkang, Respon Najib Razak Menjadi Perhatian Ramai

Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita, iaitu keluarga Malaysia.

“Saya menggunakan pendekatan ‘keluarga Malaysia’ kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif.

Ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung petang ini.

Katanya, konsep ‘keluarga Malaysia’ diambil kerana keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

Dalam ucapan itu juga, Ismail menawarkan kepada pembangkang untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Cvd-19.

Katanya, ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata dia sedar akan kepayahan, kesengsaraan dan keperitan hidup yang mencengkam akibat wabak Cvd-19.”

PM Ingin Wujudkan Kerajaan Krjasama dgn Pembangkang, Respon Najib Razak Menjadi Perhatian Ramai

“Ada yang hilang mata pencarian, ada pula yang putus bekalan makanan, dan bukan sedikit yang telah dibuang kerja.

“Saya memahami keringat dan nilai sesuap nasi, kerana saya lahir dan membesar dalam keluarga anak petani yang susah.

“Oleh sebab itu, saya sangat menghayati kepayahan dan keperitan hidup rakyat pada masa negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang berpunca daripada wabak ini,” katanya.

Peralihan kerajaan, pertukaran PM rugikan negara

Ismail Sabri Yaakob juga mengaku pergolakan politik yang menyaksikan siri peralihan kuasa berlaku selepas pilihan raya umum (PRU) lalu hanya merugikan rakyat dan negara.

Menyorot kembali tempoh sepenggal selepas PRU ke-14, katanya, dengan hanya berbaki 21 bulan sebelum terbubarnya parlimen, negara telah melalui dua peralihan kerajaan dan dua perdana menteri.

PM Ingin Wujudkan Kerajaan Krjasama dgn Pembangkang, Respon Najib Razak Menjadi Perhatian Ramai

“Sebenarnya, peralihan tersebut dalam tempoh sepenggal adalah landskap politik yang merugikan rakyat dan negara,”

Katanya ketika menyampaikan ucapan pertama selepas dilantik menerajui negara, hari ini.

Semalam, anggota Parlimen Bera itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan bagi menggantikan posisi Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti.

Sehubungan itu, Ismail menyeru agar segala perebutan kuasa dileraikan.

“Marilah kita bergerak ke hadapan. Kita leraikan segala perebutan kuasa politik.

“Kita bersama-sama berjuang sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi penjawat awam, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri – dalam memperbaik, merawat dan memulihkan semula tanah air ini,” ujarnya.

Tambahnya, Yang di-Pertuan Agong dalam perjumpaan bersama ketua-ketua parti baru-baru ini telah bertitah kepada semua agar melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Sebagai rekod pada PRU ke-14 lalu Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat daripada rakyat untuk menjadi kerajaan selepas berjaya menumbangkan kerajaan BN yang memerintah sejak merdeka lebih 60 tahun lalu.

Bagaimanapun kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad itu bertahan selama 22 bulan selepas sebahagian anggota Parlimen Bersatu dan PKR berpaling tadah.

Ini dengan meninggalkan PH sekali gus menumbangkan gabungan tersebut dari kuasa.

Peralihan kuasa melalui Langkah Sheraton itu kemudiannya mengangkat Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri dengan sokongan anggota Parlimen BN dan PAS.

Bagaimanapun pentadbiran Perikatan Nasional itu bertahan hanya 18 bulan apabila Muhyiddin kehilangan sokongan majoriti di parlimen.

Ia sekali gus mendorongnya meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.

Malaysia sekali lagi mendapat perdana menteri baru tanpa PRU pada semalam dengan terpilihnya Ismail Sabri sebagai pengganti.

Tawar Pembangkang Kerjasama Tangani Cvd

Ahli politik pembangkang hari ini ditawarkan ruang bekerjasama dengan kerajaan untuk menangani pandemik Cvd-19 yang masih membelenggu negara.

Menurut perdana menteri kerajaan menawarkan kerjasama itu melalui penyertaan dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani cvd-19.

Kata Ismail Sabri Yaakob ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Kesemua pihak sepatutnya sedia bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan semula suasana.

Dalam erti kata lain, kita perlu mendakap erat prinsip kebersamaan,” katanya dalam ucapan rasmi pertamanya sebagai perdana menteri petang ini.

Ismail Sabri berkata kemelut politik yang melanda negara menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Oleh itu katanya kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan, termasuk lah mewujudkan kerjasama rentas parti.

“Justeru, saya ingin menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Cvd-19,” katanya.

Menurut ahli parlimen Bera itu dia akan menyediakan pasukan pentadbiran yang akan berkhidmat membantu negara agar segera keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi.

“Saya berikrar menghasilkan yang terbaik demi membuktikan kepercayaan rakyat kepada pasukan saya tidak dipersiakan,” katanya

Ini Respon Najib Razak

“Tahniah PM9 atas ucapan sulung yang penuh keikhlasan dan bermakna.

Pendekatan Keluarga Malaysia dan pelawaan kepada pihak pembangkang untuk sumbang pada pemulihan negara membuktikan sifat inklusif dan keterbukaan kerajaan baharu demi negara dan Rakyat.”

PM Ingin Wujudkan Kerajaan Krjasama dgn Pembangkang, Respon Najib Razak Menjadi Perhatian Ramai

“PM9 juga telah menggariskan keutamaan negara hari ini – iaitu pendekatan yang lebih menyeluruh untuk melawan Covid, membantu Rakyat dan memulihkan ekonomi.

Bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu ketika dulu.

Saya dan seluruh Rakyat Malaysia akan membantu merealisasikan impian ini.

Kita maju jaya bersama.”

Bersatu Serah Kepada PM Tentukan Halatuju

Ahli Jawatankuasa Pusat Bersatu, Faiz Na’aman memberitahu Malaysiakini bahawa semasa mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu malam tadi.

Ia tidak dibincangkan mengenai nama yang akan dicadangkan oleh parti itu untuk jawatan Kabinet.

“Tidak benar bahawa Bersatu ingin dikecualikan dari kabinet, tetapi kami tidak menyebut nama mereka yang akan terlibat dalam kabinet.

“Majlis Tertinggi memutuskan untuk menyerahkan perkara itu kepada presiden parti untuk berbincang dengan perdana menteri (Ismail) kerana ini adalah hak prerogatif PM,” kata Faiz.

Spekulasi timbul sebelum ini mengenai apakah Muhyiddin sendiri akan terlibat dalam kabinet dengan memegang jawatan menteri mentor, atau apakah Bersatu akan diberi jawatan timbalan perdana menteri.

Selain Muhyiddin, pemimpin Bersatu yang sebelum ini menganggotai kabinet adalah Hamzah Zainuddin (Menteri Dalam Negeri), Azmin Ali (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Md Redzuan Yusof (Menteri Tugas-tugas Khas).

Selain itu, Radzi Jidin (Menteri Pendidikan), Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Saifuddin Abdullah (Menteri Multimedia dan Komunikasi), Rina Harun (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Abdul Latif Ahmad (Menteri Pembangunan Luar Bandar).

Muhyiddin digulingkan setelah 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan kepada kerajaan gabungannya yang terdiri daripada PN (Bersatu, PAS, STAR, SAPP, Gerakan), BN (Umno, MCA, MIC, PBRS), GPS (PBB, PRS, PDP SUPP), PBS dan ahli parlimen bebas.

Namun, 14 daripada 15 ahli parlimen Umno kembali menyokong PN setelah disepakati bahawa Ismail Sabri akan mengambil alih jawatan perdana menteri dengan sokongan 114 ahli parlimen.

Ismail Sabri, 61, adalah timbalan perdana menteri ketika pentadbiran Muhyiddin dan akan menghadapi cabaran memerangi wabak Cvd-19 yang telah menyaksikan 13,936 kematian setakat ini.

Dia juga menggalas beban menerajui usaha memulihkan ekonomi.

mKini

Leave a Reply

Your email address will not be published.