Luna Maya

Ditangkap khaIwat bersama dua lelaki, pelajar perempuan 17 tahun bagi alasan yang mengejutkan

MELAKA – Pelajar perempuan Tingkatan Lima bersama teman sekolahnya dan seorang lelaki adalah antara tiga pasangan yang dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi tadi.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Malah, ketiga-tiga mereka juga sanggup menempuhi hujan dengan berkonvoi motosikal sejauh lebih 100 kilometer selama hampir dua jam dari Seremban ke Kuala Pilah sebelum tiba di Melaka hanya untuk bermalam di hotel bajet berkenaan.

“Operasi membabitkan seramai 18 pegawai penguatkuasa agama JAIM telah melakukan serbuan di beberapa buah hotel bajet.

“Pemeriksaan di premis-premis tersebut telah membawa kepada penahanan tiga pasangan termasuk dua remaja berusia 17 tahun dan lelaki berusia 19 tahun selepas mereka gagal menunjukkan dokumen sah sebagai suami isteri,” katanya pada sidang media selepas operasi pagi tadi.

Operasi turut disertai Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat

Mengulas lanjut Akmal berkata, turut ditahan dalam serbuan itu adalah seorang wanita warga Indonesia berusia 25 tahun bersama pasangannya selain satu lagi pasangan berusia 23 tahun yang mendakwa sudah bertunang.

“Kesemua mereka yang ditahan kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khalwat) sebelum dibebaskan dengan jaminan,” katanya.

Sementara itu di Alor Gajah Sepasang bakal pengantin dicekup berkhalwat dalam satu serbuan ambang tahun baharu di sebuah hotel bajet di Durian Tunggal di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.20 pagi, pasangan berusia 25 dan 23 tahun itu antara tujuh individu yang ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Akmal Nadzim Abdullah berkata, operasi itu telah dilaksanakan sepasukan 18 penguat kuasa JAIM dan serbuan di beberapa buah lokasi di sekitar daerah Melaka Tengah serta Alor Gajah.

“Dalam serbuan itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik lebih lima minit sebelum dibuka oleh individu terbabit.

“Salah satu pasangan dicekup selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan dan hanya mendakwa mereka telah pun bertunang,” katanya pada sidang akhbar selepas serbuan di lokasi kedua di hotel bajet di Durian Tunggal, di sini.

Tonton Video :

 

Sumber MG dan Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *