Luna Maya

Dipercayai Berangg Selalu Diejek Masih ‘Single’, Lelaki Didkwa Pvkul Kawan Sehingga Maatii

Dipercayai berang kerana diejek masih belum mempunyai pasangan hidup dan pekerjaan yang stabil, seorang lelaki di Jawa Timur bertindak memukul rakannya sehingga maut.

Lapor Indo Zone, suspek yang berusia 38 tahun dan mangsa, 36 telah merantau bersama ke Blitar untuk bekerja sebagai nelayan.

Dalam kejadian pada Selasa (10/8) itu, suspek dikatakan sempat berpura-pura tidur sehingga hampir tengah malam sebelum bangun menuju ke bilik air ketika rakan serumahnya sudah nyenyak.

Dia kemudiannya dipercayai mengambil besi dari tingkat bawah rumah sebelum terus memukul mangsa yang sedang tidur.

Tindakan suspek telah mengejutkan seorang lagi rakan sebilik yang terus lari dan mendapatkan pertolongan penduduk setempat yang kemudiannya menangkap suspek.

Sementara itu, mangsa dilaporkan telah dihantar ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Blitar, AKBP Adhitya Panji Anom berkata, suspek mengaku tidak berpuas hati kerana mangsa sering mengejek dirinya yang belum berkahwin dan mempunyai pekerjaan stabil.

Jangan gunakan kekesaran baik kau kutuk je dia balik – Mohd Faizal

Antara reaksi warganet :

“Ejekan itu dilakukan sejak sebelum pergi ke Blitar, membuatkan suspek berdendam hingga ke puncaknya. Pada Selasa, suspek sudah tak mampu menahan diri,” ujarnya.

Sumber: Indo Zone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *