Luna Maya

Kegembiraan berkelah bertukar tragedi, kanak-kanak 3 tahun meninggal dunia Iemas mandi pantai

KUDAT: Perkelahan keluarga di Pantai Kampung Bangau di sini, berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak lemas ketika mandi manda di situ, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 3 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.13 petang.

Katanya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber BH

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *