Kuala Lumpur: Tindakan sebahagian individu yang menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan yang keluar barisan ketika berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, di sini, menyebabkan berlaku kekecohan.
Mereka juga dilihat bertindak agresif apabila dilihat melompat semasa melaungkan slogan ‘hidup rakyat’.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Tindakan itu menyebabkan perarakan berkenaan terhenti seketika selepas pihak polis membuat teguran supaya mereka menjaga penjarakan fizikal.
Sebaik memasuki barisan semula, kumpulan berkenaan meneruskan perarakan menuju ke Dataran Merdeka.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah turut dilihat berada di lokasi perarakan.
Antara reaksi warganet :
Bakal meyusahkan keluarga
Ni salah satu punca kes bakal naik
kalau berani sgt buka la mask
Tonton Video:
Antara aksi perhimpunan "Aman" pic.twitter.com/fK9OSELGFA
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) July 31, 2021
Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bawah. Jangan lupa baca artikel lain yg menarik di bawah ye.