Luna Maya

Penghantar barang meninggal dunia tercampak atas bumbung kereta yg dipandu warga emas 67 tahun

KUALA SELANGOR – Hasrat seorang penghantar barang untuk bersiar-siar di Pulau Indah, Klang dengan menunggang motosikalnya bertukar tragedi apabila maut merempuh sebuah kereta di Kilometer 50 Jalan Klang-Teluk Intan di sini hari ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Lebih memilukan, kemalangan pukul 9.50 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 26 tahun berkenaan tercampak atas bumbung kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa yang menunggang Yamaha Y15 bersendirian datang dari arah rumahnya di Kampung Tebok Berihun, Sabak Bernam menuju ke Pulau Indah.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Najmi Abd. Rahman di talian 017-8028105 atau balai polis berdekatan,” katanya

Antara Komen Netizen:

“tolonglah yg tua2 jgn bawak kereta…nnti alasan makcik mata x nmpk la…apa la…” – Nurazlina

“Takut bila tgok makcik² bawak kereta.. kadang nmpak smpai habis rapat dh ke stereng dok tgok depan..” – Fahanis

“Innalillahiwainnailaihirojiun… Dah tua tak payah lah nak bawak kereta lagi. Nanti menyusahkan orang lain. Mmg banyak dah jumpa org tua bawak kereta kt jalan tiba2 masuk simpang, tukar lane takde signal. Duduk je lah di rumah takde nak susahkan orang lain” – Fiza

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Tonton Video Kejadian : SILA KLIK DI SINI

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *