Luna Maya

Muhyiddin sedia berdepan undi percaya di parlimen September ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau akan menentukan keabsahan sebagai Perdana Menteri di parlimen

Menurutnya, beliau akan bertindak sedemikian ekoran daripada kedudukannya memegang jawatan tersebut sering dipersoalkan.

“Saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.

“Satu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September,” ujarnya.

Tambahnya lagi, melalui cara ini kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.

Sebelum itu, PM dilihat keluar dari Istana Negara selepas sejam menghadap YDP Agong

Putrajaya, 4 Ogos- Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari Istana Negara selepas sejam menghadap YDP Agong, lapor Bernama.

Kenderaan itu dilihat keluar sekitar jam 11.50 pagi tadi diiringi beberapa kenderaan polis sebelum dilihat memasuki bangunan Perdana Putra sebentar tadi.

Menurut Bernama, Istana Negara bakal mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pertemuan itu.

Tonton Video :

Tonton video Persidangan Khas Perdana Menteri

Sumber Siakap keli, Bernama, MalaysiaKini

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *