Luna Maya

MenyesaI Prnah Hina KemaIuan Bekas lstri Bau lkan Masin, Pelakon Ini MuIa Rindu Anak Tapi Malu nak Jumpa

Pernah tular satu ketika dulu apabila seorang aktor Indonesia dikenali sebagai Galih Ginanjar yang membuat gempar media tempatan dan Malaysia apabila mengeluarkan kenyataan menghina bekas isterinya.

Galih yang pernah berkahwin dengan seorang pelakon wanita negara itu telah dikenakan hukuman penjara susulan kes hinaan tersebut apabila menyamakan kemaluan bekas isteri seperti bau ikan masin.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Namun begitu, selepas dibebaskan pada awal tahun ini, aktor tersebut mengakui menyesal dengan apa yang dilakukan dan ingin memohon maaf.

Video: Menyesal pernah hina bekas lstri bau ikan masin, pelakon ini rindu anak tapi malu nak jumpa

Menerusi satu temubualnya di salah satu saluran YouTube Indonesia, Galih memaklumkan yang dia sudah menyesal dan amat rindu akan anak lelakinya yang berada di bawah jagaan bekas isterinya.

Akan tetapi, dia berasa sangat malu untuk berhadapan dengan kanak-kanak tersebut kerana sudah mempermalukan ibunya di hadapan umum.

Menerusi portal Kapanlagi. com, Galih juga mengakui yang sudah lost contact dengan anaknya dikenali sebagai King Faaz Arafiq kerana sudah menukar nombor telefon dan tidak menyimpan nombor telefon bekas isteri.

Dia pernah cuba menghubunginya menerusi direct message di Instagram, namun masih belum mendapat sebarang respon.

“Kalau untuk by phone atau vc udah nggak ya, karena gua nggak tau nomer baru mereka nomer lama gua juga udah ganti,”
“Jadi komunikasi terakhir mau minta maaf dan izin ketemu lewat dm Instagram, udah lama waktu itu ngechat pas awal keluar (penjara) terus pas Faaz ulang tahun, April kemarin aku ngucapin sampai minta izin buat ketemu,” jelasnya.

Video: Menyesal pernah hina bekas lstri bau ikan masin, pelakon ini rindu anak tapi malu nak jumpa

Selain itu, pelakon tersebut juga menceritakan perihal keegoannya pada masa lampau apabila mahu membuat ujian DNA terlebih dahulu jika King Faaz ingin bertemu dengannya.

Menurut Galih, itu adalah salah satu kenyataan yang pernah dikeluarkan dan paling dia sesali hingga kini.

“Gua pernah ngeluarin statemen kalau mau ketemu gua harus tes DNA dulu, itu adalah hal yang sebenarnya tidak boleh diucapkan pada saat itu, itu adalah bukti kemarahan dan keegoisan gua,” 

Video: Menyesal pernah hina bekas lstri bau ikan masin, pelakon ini rindu anak tapi malu nak jumpa

Tambah pelakon tersebut di saluran YouTube The Hastag, dia mengaku amat merindui anaknya  namun malu untuk bertemu susulan kisah lamanya dahulu.

“Itu spontan kalau ngomongin Faaz gua sedih karena gua belum bisa jadi ayah yang baik buat dia. Terus gua juga belum bisa bersama dia, belum bisa ketemu dia, karena gua sendiri untuk ketemu jujur malu, kenapa karena dengan kelakuan gua kemarin gua jadi malu untuk ketemu dia dan takut apa dia mau ketemu apa nggak,”

Video: Menyesal pernah hina bekas lstri bau ikan masin, pelakon ini rindu anak tapi malu nak jumpa

Untuk makluman, kisah Galih Ginanjar yang menghina Fairus A. Rafiq iaitu bekas isterinya pernah tular sehingga mencetuskan sensasi berikutan kebiadapannya menyamakan kemaluan wanita itu seperti bau ikan masin.

Susulan daripada kelancangan mulutnya, dia telah dilaporkan polis serta disabitkan kesalahan dengan menerima hukuman penjara. Selepas 2 tahun 4 bulan, dia dibebaskan oleh pihak polis.

Video: Menyesal pernah hina bekas lstri bau ikan masin, pelakon ini rindu anak tapi malu nak jumpa

Antara reaksi netizen :

Tonton Video :

Sumber: Ohmymedia, Portal Kapanlagi.com, YouTube The Hastag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *