Luna Maya

“Cair tengok semalam” -Penyokong wanita terpegun lihat ‘keeper’ Malaysia

Sumpahan 43 tahun akhirnya terlerai apabila skuad Harimau Malaya mengesahkan slot ke Piala Asia 2023 selepas melakar kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Penantian penuh menyeksakan itu ternokhtah selepas Malaysia meraih salah satu daripada lima slot naib juara terbaik, sekali gus bakal berentap bersama 23 pasukan terbaik benua ini yang difahamkan bakal berlangsung sama ada di Qatar, Korea Selatan atau Australia, pada pertengahan tahun depan.

Cubaan demi percubaan menyaksikan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti apabila Rimon Hossan menjatuhkan Matthew Davies dan Safawi tenang menyempurnakannya pada minit ke-16.

Ketika Malaysia hebat menyerang, pelawat yang dibimbing Javier Fernandez Penato berjaya mendiamkan seketika stadium apabila Mohammad Ibrahim menanduk masuk hasil lontaran ke dalam pada minit-31, menjadikan kedudukan 1-1.

Gol itu nyata mengejutkan kem negara yang terus memburu gol kedua dan hasilnya tujuh minit kemudian Dion Cools merembat kencang untuk gol pertamanya buat negara.

Sebelum tamatnya babak pertama, Malaysia hampir menambah gol, namun tandukan Syafiq berjaya dihalang di atas garisan oleh penjaga gol lawan, Anisur Rahman.

Malaysia yang berada di ranking 154 berbanding Bangladesh di kedudukan 188 semakin selesa apabila tandukan Syafiq di minit 47 tepat menuju ke sasaran untuk gol ketiga.

Kemasukan Darren Lok, Akhyar Rashid dan Nazmi Faiz Mansor menambah sengat di jentera depan dan hasilnya Darren menolak mudah hantaran Akhyar pada minit ke-73, menjadikan gol keduanya di pentas antarabangsa.

Tuan rumah sebenarnya mampu menambah gol, tetapi percubaan Syamer Kutty Abba dan Akhyar gagal menemui sasaran dan keputusan 4-1 kekal hingga tamat aksi.

PENJAGA GOL MALAYSIA JADI TUMPUAN

Biarpun begitu, acara perlawanan malam tadi turut membuatkan penonton tertarik untuk menyaksikan salah seorang pemain Harimau Malaya yang berada di posisi keeper atau pun penjaga gol. Pemain tersebut adalah Syihan Hazmi dan difahamkan beliau berasal dari Kelantan.

Dalam satu perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun butahatitv ini, kelihatan beberapa koleksi penjaga gol Malaysia ini sedang beraksi.

Nama pun penonton bola sepak, kalau tak ‘cuci mata’ tak sah. Ibarat tonton sukan dan menyokong pasukan Malaysia, sekali harung cuci mata. Apa-apa pun perkongsian video ini telah meraih tumpuan ramai.

Malah di ruangan komen rata-rata warganet turut akui penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi ini ‘menarik’ rupa parasnya. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Aku dari suka bola, sorang2 depan TV riuh! Suami tak suka dia datang mintak picit bahu, aku puji kiper hensem, terus masuk bilik tak jadi nak urut!”

Menerusi laporan dari Kosmo!  Syihan Hazmi merupakan anak kelahiran Kelantan dengan ketinggian 1.85 meter. Konsep persembahan terbaik yang ditunjukkan malam tadi berjaya membantu Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Untuk makluman, jejaka berusia 26 tahun itu memulakan langkah dalam bidang bola sepak apabila memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2012 sebelum menyertai pasukan Harimau Muda C pada 2013.

Dia telah melebarkan sayap apabila menyertai Kelantan U-21 antara tahun 2015 hingga 2017 sebelum menyertai pasukan Negeri Sembilan FC ketika ini dengan menggunakan baju bernombor 33.

Syihan juga telah berumah tangga pada 2020 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang turut hadir di stadium malam tadi.

Tonton Video Penjaga Gol : SILA KLIK DI SINI

Sumber Harian Metro, HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.