Luna Maya

Peniaga Rugi 10 Tan Buah Durian Apabila Lambakan Buah Musang King Tidak Dapat Dijual

GEORGETOWN – Penghujung Jun hingga 0gos yang lazimnya kemuncak musim raja buah tidak lagi menjadi berita gembira kepada pemilik dusun dan gerai durian di Balik Pulau susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockd0wn) yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu.

Bahkan, tiada lagi pemandangan keterujaan para peminat durian dari seluruh pel0sok negara yang datang ke Pulau Pinang untuk menikmati raja buah itu, sama ada di gerai-gerai tepi jalan atau pun menikmatinya di dusun.

Sejajar dengan penguatkuasaan t0tal lockd0wn, ia merupakan tahun kedua mereka dijangka mengalami kerug1an apabila sekatan daerah dan negeri dikuatkuasakan selama dua minggu.

Pemilik dusun durian, Shamsol Abdul Aziz, 34, mengakui bakal menanggung kervgian sekitar RM80,000 dengan k0s pembelian baja sebanyak RM120,000.

Menurutnya, dia sanggup membuat pelaburan membeli baja berkualiti untuk semua pokok durian di dusunnya seluas 1.6 hektar di Sungai Pinang, Balik Pulau dengan harapan tahun ini memper0leh hasil yang berlipat kali ganda.

“Setelah mengalami kerug1an tahun lalu kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya melabur dengan membeli baja berkualiti untuk menghasilkan lebih banyak buah.

“Bagaimanapun, apa yang dirancang pada tahun ini tidak seperti yang diharapkan. Negara sedang melaksanakan ‘total lockd0wn’ buat kali ketiga menyebabkan penjualan durian terbantut kerana sekatan merentas daerah dan negeri.

“Saya jangkakan akan mengalami kervgian sekitar RM80,000 kerana tahun ini, hasil dianggarkan sebanyak 17 tan berbanding tahun lalu, sekitar 11 tan sahaja. Selain baja, fakt0r cuaca juga memainkan peranan dalam penghasilan buah,” katanya ketika ditemui di gerainya di Tanjung Tokong, pada Selasa.

Memiliki 18 jenis durian di dusunnya, Shamsol menganggarkan perniagaannnya mer0sot antara 60 hingga 70 peratus tahun ini.

“Dengan peningkatan penghasilan buah tahun ini, saya jangkakan perniagaan saya mungkin merudum melebihi 50 peratus kerana masalah pemasaran.

Tahun lalu, saya rvgi antara RM6o,000 hingga RM70,000.

“Setakat ini, saya buka dua gerai iaitu satu di sini (pulau) dan satu lagi di seberang. Sehingga hari ini, Pulau Pinang masih membenarkan penggerai ber0perasi. Sebelum ini, saya buka enam gerai selain pelanggan b0leh menikmati durian di dusun,” ujarnya.

Lamb4kan durian dan pelaksanaan ‘total lockd0wn’ menyebabkan Shamsol bakal mengalami kervgian sekitar RM80,000 tahun ini.

Bagi mengurangkan kervgian pada tahun lalu, Shams0l menjual isi durian, termasuk jenis Black Thorn dan Musang King ke kilang-kilang yang menghasilkan ais krim selain pengusaha temp0yak pada harga yang murah.

“Saya berharap kerajaan negeri mengizinkan penjual durian mendirikan gerai di tepi jalan untuk berniaga tahun ini. Saya berusaha sebaik mungkin menjual durian dalam talian tetapi ia kurang memberangsangkan.

“Saya ada menyertai platf0rm Jom Beli Online (JBO@MBPP) yang diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) namun hasil jualan tidak serancak berbanding menjual di gerai.

“Pelanggan lebih suka melihat sendiri buah durian daripada membeli dalam talian kerana mereka lebih puas hati dengan cara itu,” jelasnya.

Menyentuh harga pula, Shamsol yang sudah sedekad berkecimpung dalam perniagaan durian memberitahu, harga durian merudum antara RM5 hingga RM10 sekilo.

“Kita terpaksa turunkan harga kerana lamb4kan durian. Durian jenis D604 yang sebelum ini berharga RM38 sekilogram kini hanya RM28. Jika kita tidak turunkan harga, tiada pembeli dan buah akan r0sak.

“Meskipun kini adalah masanya untuk peminat durian menikmati buah kegemaran mereka, ma*lang ia sebatas untuk penduduk Pulau Pinang sahaja,” luahnya.

Di Balik Pulau, terdapat lebih 200 dusun durian yang dimiliki oleh penduduk tempatan – Sinar Harian

sumber : RA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *