Luna Maya

Cuba rogoI sebelum bakar, ‘pak guard’ dituduh bvnuh wanita di bengkel sekolah

Pengawal keselamatan yang didakwa membunuh seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras dalam kejadian 12 Mac lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur hari ini.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerusi laporan BH Online, tertuduh Muhamad Yusri Latiff didakwa menyebabkan kematian Fong Hsu Kei di sebuah bilik bengkel di dalam sekolah tersebut.

Tertuduh yang berusia 35 tahun itu berdepan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, sekiranya disabitkan kesalahan.

Namun begitu, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai baju T berkolar warna kuning itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Selain itu, Majistret tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 25 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang bekerja sebagai penyelia kedai buku ditemukan rentung disyaki dibunuh dan dibakar di dalam bilik bengkel sehingga mengundang rasa simpati netizen.

Difahamkan, tertuduh yang mempunyai empat rekod jenayah lampau dipercayai cuba merogol mangsa berusia 25 tahun itu sebelum membakar mayatnya tanpa perikemanusiaan.

Tonton Video:

 

Sumber: BH Online (Muhammad Yusri Muzamir)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *