Luna Maya

Kepala dan anggota badan yang lain disimpan dalam peti ais

Accra: Bekas pemain bola sepak Ghana ditangkap selepas beberapa kepala manusia – salah satunya milik remaja berusia 13 tahun – dijumpai dalam peti sejuk di rumahnya.

Daily Star melaporkan Richard Gyamfi, 28, yang kini bertugas sebagai pengulas bola sepak ditahan polis, Ahad lalu di rumahnya dekat kawasan Perbandaran Sunyani.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Selain beberapa kepala, polis turut menemui anggota badan yang dipotong di dalam peti sejuk sama.

Rahsia itu terbongkar selepas bapa remaja itu, Thomas Agyei datang ke rumah Gyamfi untuk mencari anak lelakinya Louis Agyemang Junior.

Remaja berkenaan disyaki ke rumah suspek dari taman berhampiran, lapor Kanyi Daily.

Gyamfi memberitahu Agyei dia tidak pernah melihat Louis dan menafikan ada kaitan dengan kehilangan remaja itu.

Bagaimanapun, seorang rakan Agyei memberitahu melihat Gyamfi membawa Louis masuk ke dalam rumah.

Bagi mendapatkan kepastian, Agyei ditemani rakannya masuk ke rumah Gyamfi dan mereka pada mulanya tidak menemui apa-apa yang luar biasa.

Tidak berpuas hati, Agyei dan rakannya terus menggeledah ruang di dalam rumah sebelum menemukan bilik dengan pintu terkunci.

Agyei mendesak Gyamfi membukanya namun lelaki itu enggan berbuat demikian dengan alasan kunci pintu bilik berkenaan hilang.

Berang dengan jawapan itu, Agyei dan rakannya menendang pintu berkenaan sebelum menemukan mayat anaknya tanpa kepala di lantai.

Polis segera dipanggil ke tempat kejadian yang kemudian menemui dua lagi kepala dan beberapa bahagian tubuh manusia di dalam peti sejuk.

Identiti mangsa lain belum didedahkan.

Pengarah Hal Ehwal Awam Perkhidmatan Polis Ghana, Alexander Kwaku Obeng memberitahu media tempatan bahawa mayat mangsa dibawa ke bilik forensik hospital Perkhidmatan Polis Ghana di Accra untuk dibedah siasat.

“Kalau tak ditangkap ni, dia akan ketagih membunuh. Sebab dia rasa happy dan kepuasan.. syukur dh ditangkap.. kesian keluarga mangsa.” – Zufarina

“Smoge kluarga mangsa dpat keadilan. Seram baca. Mental agaknya.” – Haziq

“Apa perasaan bapak budak tu nampak kepala anak sendiri dalam fridge tu .Adoila” – Mardhiah

“Selalu mcm ni ada masalah mental.seronok bila mmbnuh.pakar psikiatri fhm lah ni” – Da Ai

“Sementara menunggu hasil bedah siasat, keluarga mangsa, penduduk setempat dan pegawai polis terbabit dalam kes itu dirujuk ke pakar psikiatri bagi mendapatkan sokongan.

“Siasatan dijalankan dan suspek ditahan untuk disoal siasat,” katanya. – HM

Tonton Video :

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published.