Pelajar perempuan, Ain Husniza yang pernah mendedahkan mengenai dakwaan jenaka rogol dilakukan oleh seorang guru lelaki di sekolahnya menerima surat tuntutan fitnah RM1 juta.
Remaja berusia 17 tahun itu memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Twitter miliknya @ant33ater, namun tidak berkongsi lebih lanjut berhubung isu berkenaan.
hi. harini ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas "pernyataan-pernyataan fitnah"
dlm surat ni ain diberi 7 hari untuk untuk semua tuntutan ni, antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam gantirugi.
all i ask is semua doakan urusan ain dipermudahkan :') #MakeSchoolASaferPlace
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) August 4, 2021
“Hai. Hari ini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas ‘pernyataan-pernyataan fitnah’. Dalam surat ini, Ain diberi tujuh hari untuk semua tuntutan ini…
“…antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi. Saya mohon semua doakan urusan Ain dipermudahkan,” tulisnya petang tadi.
Malah, Ain juga mengakui emosinya tidak stabil sehingga membuatkan dirinya kurang aktif berkongsi perkembangan di media sosial.
saya mintak maaf, emosi ain sangat tak stabil yang buat ain tak post aktif dalam sosmed, tengah dalam kelas online dapat surat macamni . em :'D
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) August 4, 2021
“Saya minta maaf, emosi Ain sangat tak stabil yang buat Ain tak post aktif dalam media sosial. Tengah dalam kelas online dapat surat macam ni,” luahnya.
Sementara itu, bapanya Saiful Nizam turut memuat naik satu posting di laman Facebook berhubung isu tersebut yang menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung.
Bagaimanapun, pihaknya tidak akan memberikan sebarang maklum balas setakat ini selepas mendengar nasihat peguam.
“Notis ini ditujukan kepada Ain Husniza, saya sendiri dan isteri. Terdapat lima tuntutan dan salah satunya bayaran ganti rugi RM1 juta.
“Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya. Untuk makluman, notis tuntutan ini adalah daripada cikgu PJPK sekolah lama Ain Husniza,” ujarnya.
April lalu, pelajar Tingkatan 5 terbabit menyiarkan video di Tiktok dengan mendakwa guru yang mengajar kelasnya di sebuah sekolah di Selangor telah bergurau tentang rogol sebelum tampil membuat laporan polis.
tw// R4P3 JOKES, VERBAL H4R4SSM3NT
this is what i experienced yesterday at school. please help make it safer for us. @maszlee @zunarkartunis @KemPendidikan @adibahnoor #Awareness #Malaysia pic.twitter.com/MSK2rMX6pg
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) April 23, 2021
Isu terus berlarutan apabila dia mendakwa menerima ugutan rogol daripada rakan sekelasnya, selain diberikan surat amaran berikutan tidak hadir ke sekolah.
Sumber: OhMyMedia, Twitter @ant33ater , Facebook Saiful Nizam