Luna Maya

ASP Norhasnizam meninggal dunia motosikal rempuh kereta masuk simpang. Salam takziah buat keluarga

SUNGAI BULOH – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh sebuah kereta yang sedang membelok masuk ke simpang di Persiaran Shorea, Saujana Utama, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, ASP Norhasnizam Hamzah, 40, yang bertugas di Bahagian Perundangan/Siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa dan kereta jenis Perodua Bezza dipandu suri rumah berusia 36 tahun.

Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebak luahan isteri mangsa yang dikenali dengan nama Puan Wawa Azwa.

“mohon rakan2 sedekahkan alfatihah kepada suami saya,norhasnizam b hamzah yang baru menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10 tadi. terima kasih”

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber kosmo

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published.