Luna Maya

Terkini! Suami lstri antivaksin yg lakukan ‘social experiment’ sudah ditangkap polis

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan seorang wanita yan memuat naik perkongsian di laman Facebooknya dengan menceritakan bagaimana dia dan keluarga ‘terlepas’ dari sebarang pemeriksaan certificate vaksin ketika berada di premis perniagaan.

Pemilik Facebook itu juga dengan bangga menceritakan social experiment yang dilakukan bersama keluarga apabila pergi ke tempat-tempat tumpuan tanpa melengkapkan dua dos vaksin seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Dia yang mengakui anti vaksin turut memuat naik perkongsian social experiment yang dilakukannya ke media sosial sehingga dikecam teruk warganet.

 

Namun, tindakan beraninya membawa padah apabila wanita tersebut dan suaminya dicekup pihak polis susulan penularan perkongsian berkenaan.

Menerusi lapran dari Kosmo! Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penahanan pasangan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun itu dilakukan pukul 5 petang semalam di rumah mereka di Bandar Putera 2.

Hal ini susulan pihak mereka menerima aduan mengenai sosial eksperimen yang dilakukan satu pemilik Faebook menggunakan nama  Mujaheeda Soleha.

“Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam.
“Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil polis,” katanya.

Terkini! Suami lstri antivaksin yg lakukan ‘social experiment’ sudah ditangkap polis

Difahamkan, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Oleh itu, Shamsul Amar menegaskan orang ramai diminta agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Semalam turut tular satu postingan dari Syed Mohd Faizak yang menasihati wanita tersebut.

Bersabar lah kak. Saya adalah orang yang menyokong penuh akak buat sosial experiment. Sbb saya beranggapan akak orang yang banyak duit, sampai tak tahu nak buat apa dgn duit.

Sebab dalam masa beberapa hari lagi polis akan datang ke rumah akak.

1st : akak akan akan kena Kompoun langgar sop. 5k konfem kena standby.

2nd : akak akan kena bawa pergi balai untuk di soal siasat. Sbb apa ? Sbb sebarkan perkara yang salah dalam social media. Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Tapi benda boleh pergi ke akta 505(b) kanun keseksaan.

Bila bicara kat mahkamah. Standby rm4000 untuk ikat jamin ya. Kalau takda duit, melingkup lah dekat lokap sampai hari perbicaraan yang seterusnya.

Jangan lupa standby peguam. Kalau peguam swasta, rm3000 tak lari kena keluar duit. Kalau peguam free leceh sikit. Nak kena turun naik pejabat peguam

Kenapa saya tahu? Sbb saya dah kena tahun lepas. Tapi kes saya dah settle tahun lepas lagi. Alhamdulillah, mahkamah jatuh hukum tak bersalah.

Tapi bukan kes langgar sop, just kes berita palsu je.

Akta berita palsu ni bukan korang buat berita palsu je. Kalau posting yang membawa ke arah hasutan dan panik untuk orang awam pun duduk bawah akta ni.

Masa tu aku kena dengan kes zed zaidi sekali, sempat lah lepak dalam lokap dengan zed zaidi. Sementara nak tunggu ikat jamin rm4000. Tapi aku tak kesah, sbb ni pengalaman aku.

Dapat juga lepak dengan zed zaidi. Kenal siapa admin oh my media. Sbb satu kes dengan saya masa tu, syok lah jugak.

Sbb tu saya nak nasihat pada semua, kalau korang tak pasti benda tu, jangan gatal2 share. Kalau viral standby je lah duit.

Sekejap je polis datang rumah. Takpayah takut, dorang tahu kat mana akak tinggal. Dia akan cari sampai dapat.

Semoga lepas ni jangan lupa bawa otak kalau keluar pergi mana2 atau masa main Fb.

Lupa nak cakap. Benda ni dah viral kat semua social media. So sabar lah sat lagi sampai lah polis kat rumah.

Dia baru deactive fb. Ingat polis tak boleh cari ke. Aku dulu, tiba-tiba je polis dgn skmm terpacak depan rumah. Padahal baru je pindah rumah 2 bulan, saya cuma guna alamat tu untuk daftar wifi time je masa tu.

Siap skmm tu tahu semua sosial media saya, facebook, instagram saya masa dorang soal siasat saya dekat cyberjaya. Yang viral berita palsu tu kat twitter, saya update masa tu kat johor rumah mak mentua pun dorang tahu. Dorang ingat saya dah lari balik johor masa tu, kelakar gila.

Handpone yang kita pakai masa upload benda tu pun dia rampas untuk di siasat. Dah lah pakai iphone xs max. Ada juga dalam 9bulan dorang pegang iphone aku tu. Terpaksa beli hp lain.

Gambar kat ic dorang ada masa soal siasat saya time tu. So korang rasa boleh lari ke?

Tapi saya bagi kerjasama baik dengan dorang. So dorang pun boleh gelak2 lagi dengan kita. So takda masalah pun. Kalau buat salah, berani lah tanggung.

Serius, lepas kes tu saya insaf nak main socmed ni. Benda ni dah lama saya simpan, even family saya pun tak tahu saya pernah naik mahkamah kes ni, cuma hari ni the right time untuk saya share.

Semoga perkara ni akan beri pengajaran pada kita semua. Kadang2 dia terlupa bawa otak. Jadi jangan salahkan dia. Hehe

Kalau korang nampak ada orang tertinggal otak macam ni, suruh kawan2 korang share je kat socmed. Supaya orang macam ni dapat pengajaran yang tepat. Ingatkan dia negara kita ada undang2. This is malaysia guys.

 

Kredit: syed mohd faiz al shahab

Semoga perkongsian dari encik Syed Mohd Faiz ini membuka lebih ramai mata rakyat Malaysia supaya berhenti menyebarkan sebarang maklumat palsu yang mampu menggugat ketenteraman awam.

Sumber: Ohmymedia, Kosmo! Mohd Yunus Yakkub,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *