Luna Maya

Video: Sebak Iihat leIaki pangku jualan atas riba tepi jalan, wanita tampil hadiahkan meja jadi perhatian netizen

Ketika ini, semua insan sedang berjuang mencari pendapatan. Apa sahaja yang boleh mendatangkan duit asalkan halal dilakukan tanpa perlu memikirkan perasaan segan atau malu.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Namun, sebalik kegigihan tersebut, pasti akan ada ujian tersendiri untuk menguji betapa tabahnya kita menempuhi dugaan.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @kakwawaaaaa, dia telah memuat naik video seorang lelaki yang berniaga tanpa meja di tepi jalan.

Apa yang menyebakkan adalah dia hanya mampu memegang sahaja makanan yang dijual kerana meja dan kerusi yang sering digunakan untuk berniaga hilang. Lelaki itu sendiri tidak tahu mana pergi kerusi meja miliknya sama ada dibuang ataupun dicuri.

Jadi, pengguna TikTok berkenaan mengambil inisiatif memberinya kerusi dan meja bagi membolehkan lelaki itu berniaga tanpa perlu menjinjing jualannya.

Video: Sebak Iihat leIaki pangku jualan atas riba tepi jalan, wanita tampil hadiahkan meja jadi perhatian netizen

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meluahkan rasa terharu dengan pertolongan @kakwawaaaaa kepada lelaki berkenaan.

Ramai juga yang bertanyakan lokasi lelaki itu berniaga dan ingin membeli brownies jualannya sekali gus memberikan bantuan untuk membolehkan dia berniaga dengan lebih selesa.

Dekat je dengan rumah

Tonton Video SILA KLIK SINI

Sumber: Ohmymedia & TikTok @kakwawaaaaa

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *