Luna Maya

Percutian di Langkawi bertukar tragedi, Nurul Atikah maut kemaIangan MPV terbabas rempuh pokok

TUHAN LEBIH SAYANGKAN NURUL ATIKAH

Alor Setar: “Arwah Nurul Atikah sibuk mencari pelamin dan jurusolek kerana mahu bertunang bulan depan namun Tuhan lebih menyayanginya,” kata Rafidah Senapi.

Rafidah, 35, adalah rakan karib kepada Nurul Atikah Rashidi, 25, yang meninggal dunia pagi tadi ketika dirawat di Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi selepas parah pada kemalangan jalan raya di Kampung Kilim, Ayer Hangat di sini, 19 November lalu.

Kemalangan jam 4.05 petang itu turut menyebabkan anggota tentera, Mohd Firdaus Nor Shaidi, 23, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza serta Maizatul Hana Mohd Rosdan, 21, meninggal dunia.

Menurut Rafidah, arwah sebelum ini banyak kali meminta maaf kepadanya kerana tidak sempat menghadiri majlis perkahwinannya 4 November lalu.

“Kali terakhir kami bertemu ialah pada bulan lalu namun Nurul Atikah tidak menunjukkan perubahan sikap.

“Dia seorang rakan yang baik. Sebelum ini, kami kehilangan rakan baik pada Mei lalu tetapi kini giliran Nurul Atikah pergi selamanya,” katanya.

Rafidah berkata, Nurul Atikah menetap di Kampung Dusun Pengapit, Gajah Putih, Sik dan bekerja di sebuah syarikat kurier di Sik.

Katanya, MPV itu dipercayai dipandu dengan laju sebelum pemandunya hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan lalu merempuh sebatang pokok.

“Impak pelanggaran yang kuat mengakibatkan kenderaan itu remuk dan enjin terpelanting ke atas jalan selain kesemua mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

“Pemandu kenderaan maut sebaik tiba di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Maliha akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan manakala lima yang lain parah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Shariman memaklumkan, pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Firdaus Bin Nor Shaidi, 23, yang bekerja di Bahagian Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan.

Katanya, seorang lagi yang maut adalah penumpang iaitu Maizatul Hana Mohd Rosdan, 21, yang meninggal dunia ketika dirawat di hospital pada jam 5 petang.

Empat lagi rakan mereka berusia antara 21 hingga 27 tahun yang parah turut dihantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

GAMBAR-GAMBAR KEMALANGAN :

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber AstroAwani,Harian Metro dan media sosial

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *