Lebih pilu apabila mengenangkan tugasnya untuk membesarkan empat orang cahaya mata yang masih kecil termasuk bayi pramatang Ayash Affan yang baru berusia 5 hari.
Ujar Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, paling membimbangkan apabila memikirkan soal susu untuk bayi yang kini masih dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Namun, Shuib mendedahkan dia banyak menerima tawaran daripada rakan selebriti wanita termasuk pelakon Syatilla Melvin yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak keempatnya itu.
Shuib kini memikul tanggungjawab mengurus dan menjaga anak-anak seorang diri.
“Pagi tadi bangun tidur… termenung kejap. Terfikir kalau baby dah balik rumah, dia nak minum susu macam mana. Teringat kata-kata arwah… dia suruh saya yang jaga baby sebab tak nak bersengkang mata.