Luna Maya

Khabar duka, lstri meninggal dunia kemaIangan motor Ianggar babihutan. Suami cedera parah

KUALA PILAH – Seorang wanita maut selepas motosikal jenis Suzuki Smash yang ditunggang bersama suaminya dipercayai telah melanggar seekor babi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum terbabas di Kilometer 2 Jalan Air Mawang – Renggoh di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Norlela Mohamed Sharif, 35 tahun.

yang merupakan pembonceng maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

“Manakala suaminya, Karim Amrullah Ab. Maid, 40, mengalami kecederaan parah pada kepala dan telah dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Amran, siasatan awal mendapati penunggang dan pembonceng motosikal itu merupakan pasangan suami isteri.

Beliau berkata, mayat mangsa telah di bawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Pilah untuk proses bedah siasat dan siasat lanjut masih dijalankan.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber kosmo

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *