Luna Maya

Jadi lbu tumpang untuk anak, nenek berusia 51 tahun meIahirkan cucu sendiri

Tular mengenai kisah sebuah keluarga di Amerika Syarikata pabila seorang wanita Julie Loving yang berusia 51 tahun telah menjadi ibu tumpang dengan menghamilkan cucunya sendiri.

Menurut anak kepada Julie iaitu Breanna Lockwood, dia memaklumkan ibunya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 2 November lalu.

Nenek Lahirkan Cucu Sendiri

Sebelum ini, Breanna yang berusia 29 tahun mengalami beberapa keguguran telah berhasrat mahu membuat rawatan IVF bersama suaminya untuk mendapatkan zuriat.

Namun oleh kerana tahap kesihatannya tidak mengizinkan, doktor telah mencadangkan Breanna untuk mengambil ibu tumpang.

Sanggup Berkorban Demi Anak

Bagi Julie pula, dia yang juga telah lama mengidamkan cucu menawarkan diri untuk menjadi ibu tumpang buat anaknya sendiri yang sudah lama menanti zuriat.

“Sebenarnya saya yang mula mencadangkan kepada Breanna untuk menjadi ibu tumpang kepadanya, tetapi dia menolak dan menganggap ia tidak masuk akal…”

Ibu Seorang Yang Hebat

Buat Breanna, dia menyifatkan ibunya seorang wanita yang kuat kerana sanggup mengharungi proses bersalin yang agak mencabar demi melihat anaknya bahagia.

“Ibu saya adalah seorang yang sangat hebat. Dia mengharungi proses bersalin yang agak mencabar. Pengorbanan yang dia lakukan untuk melahirkan anak saya ke dunia ini tidak dapat saya luahkan dengan kata-kata…”

Namun mujurlah, segala proses kelahiran berjalan lancar dan keluarga mereka kini lebih bahagia dengan kehadiran orang baru.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber: OhMyMedia, Breanna Lockwood Kosmo (Agensi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *