Satu rakaman CCTV tular di Indonesia setelah seorang wanita tua dilihat sedang berusaha mencuri tabung masjid.
RAKAMAN VIDEO KEJADIAN DI BAWAH SEKALI
Memetik laporan Suara.com, tindakan wanita itu mengejutkan warganet kerana saiz tabung yang dicuri olehnya itu agak besar.
Menerusi video itu, dapat dilihat wanita tersebut memastikan keadaan masjid lengang terlebih dahulu sebelum bertindak mengangkut tabung yang besar itu.
“Oh terbalik, motor dia terbalik,” kata orang yang merakam CCTV itu.
Tetapi dia tidak berputus asa, tabung yang jatuh itu dinaikkan semula ke atas motosikalnya dan berjaya beredar dari situ.
Kedudukannya ketika menunggang motosikal tersebut kelihatan pelik kerana terhalang oleh tabung yang diletakkan di depannya.
Netizen memberikan pelbagai reaksi apabila melihat video tersebut, ada di antara mereka yang mengesyaki bahawa pencuri itu sebenarnya seorang lelaki yang menyamar menjadi makcik tua.
Tonton Video:
CCTV Berjaya Rakam Aksi Nekad 'Makcik' Curi Tabung Masjid, Gigih Bawa Lari Guna Motor
Kejadian di Indonesia pic.twitter.com/OAnMiFbmQH
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) March 10, 2022
Sumber: Suara.com