Luna Maya

Video: NGO kecam komen luucah dan seeksis terhadap Farah Ann ketika bertanding di temasya Olimpik Tokyo

Sayap Pemuda Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM, mengecam kenyataan seksis terhadap atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi.

Ini selepas banyak komen lucah dibuat terhadap atlet wanita berkenaan ketika bertanding di temasya suka Olimpik Tokyo 2020.

“Ini menuntut pertimbangan segera mengenai pendidikan dan kesedaran mengenai isu-isu yang berkaitan dengan ketidaksetaraan gender, penganiayaan, eksploitasi dan gangguan terhadap wanita di Malaysia.

“Tidak ada wanita yang harus dihina dan ditekan seperti apa yang dilakukan oleh pengguna dalam talian dan dilakukan terhadap Farah Ann.

“Dia kibarkan bendera kita Malaysia di platform antarabangsa. Sepatutnya kita berada di belakangnya untuk memberikan sokongan agar membawa pulang pingat Olimpik berharga yang sudah lama kita idamkan,”kata NGO itu.

Sehubungan itu, NGO berkenaan menggesa pembuat dasar di kalangan ahli politik dan pemimpin agama mengutuk perbuatan tidak menghormati wanita.

Farah Ann mendapat pujian setelah layak ke Olimpik buat kali pertama dan menjadi atlet gimnastik ketiga yang berbuat demikian.

Pada Ahad lalu, Farah terlepas peluang beraksi dalam acara all-around akhir selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-68 daripada 85 peserta pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Walaupun tidak berjaya merebut tempat 24 teratas untuk melangkah ke pusingan seterusnya, banyak komen di dalam talian memuji prestasi atlet itu dalam temasya berprestij itu.

Namun, ada juga pengguna media sosial membuat komen seksual dan lucah berhubung pakaian atlet Olimpik berusia 27 tahun itu.

Pada tahun 2015, ketika Farah Ann memenangi pingat emas Sukan SEA Singapura, dia turut menerima kecaman akibat pemakaian tersebut.

Menteri belia dan sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin mempertahankan hak atlet untuk memakai pakaian pilihan mereka.

Sebaliknya, dia golongan lelaki supaya menundukkan pandangan jika tidak dapat mengawal nasfu ketika menonton acara sukan – MalaysiaKini

“Saya dah cuba.. ” – Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Netizen Tetap Bangga Dengan Farah Ann

Linangan air mata ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi ketika ditemu ramah oleh wartawan mengundang sebak rakyat Malaysia.

Rakaman video temu ramah itu kini viral di media sosial dan Farah, 27, dilihat tidak dapat menahan sebak kerana gagal ke pusingan akhir acara individu all around di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Farah menamatkan aksinya pada pusingan kelayakan keempat di kedudukan ke-53 keseluruhan, semalam.

Menurut Berita Harian, selepas mengharungi empat aparatus, Farah yang pertama kali beraksi di pentas Olimpik mengumpul keseluruhan 48.565 mata.

“Saya dah bagi segala-galanya yang saya boleh bagi…”

Meskipun tidak dapat beraksi di pentas final, Farah akui berpuas hati dengan prestasi yang dipersembahkannya. Dia yang ditemu ramah bagaimanapun tidak dapat menahan sebak kerana agak kecewa dengan persembahan pembukaannya.

Melalui video itu Farah berkata dia bersyukur dapat beraksi untuk Sukan Olimpik mewakili Malaysia dan telah pun berikan yang terbaik meskipun ‘landing’ dilakukan kurang memuaskan.

Saya rasa okay tapi landing jela, tak landing dengan bagus sangat. Tapi saya… (Farah dilihat tidak dapat menahan sebak).”

Farah kemudian terhenti seketika selama beberapa saat sebelum meneruskan kata-kata ketika ditemu ramah wartawan Astro Arena.

Saya sangat bersyukur saya dapat compete kat sini (Olimpik) hari ini dan saya betul-betul dah bagi segala-galanya yang saya boleh bagi.”

Saya berpuas hati dengan persembahan saya.”

Sedutan video itu diambil daripada laporan Astro Arena yang dimuat naik di Youtube di mana ia telah mendapat perhatian serta menjadi video ke-6 trending di platfrom tersebut.

Saya memang mahu cuba yang terbaik dalam pertandingan. Walaupun terjatuh saya ambil itu sebagai cabaran.”

“Layak ke Olimpik itu pun dah cukup membanggakan” – Netizen

Video tersebut telah mengundang sebak ramai netizen di media sosial kerana tidak dapat membayangkan kesedihan serta kekecewaan dirasai Farah sendiri.

Ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Farah dan rata-ratanya setuju bahawa pencapaian Farah yang berjaya ke Sukan Olimpik 2020 itu pun sudah cukup membanggakan semua orang.

Antara komen netizen,

“The moment u were qualified to bring the name of our country to be an olympian was enough already to make the M’sians proud! Way to go Farah Ann!”

“Tak mengapa Farah Ann, kamu sudah buat kami cukup bangga.”

“Dapat bertanding di pentas Olimpik itu pun dah dikira pencapaian yang hebat.”

Tonton Video :

Sumber Lobak merah, Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *