Luna Maya

Neelofa Lakar Sejarah Miliki AI-Quran Beridentiti Sendiri, Sasar Lebih 30,000 Jualan Untuk Wakaf

Selebriti terkenal, Neelofa melahirkan rasa syukur kerana hasratnya untuk melancarkan Mushaf Al-Quran untuk tujuan waqaf akhirnya terlaksana dengan kerjasama Yayasan Restu.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa selaku Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) menyatakan proses penghasilan dan pencetakan Al-Quran Al-Karim edisi khas mengambil masa selama dua tahun.

Tambah pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, Al-Quran itu istimewa kerana memiliki ciri khas dengan rekaan Kiswah Kaabah yang dihasilkan dengan konsep mushaf mufiq.

Antara sebab design ‘kiswah’ dipilih untuk diterapkan kerana ia termasuk dalam empat perkara yang apabila dipandang sahaja akan mendapat pahala.

Dalam pada itu, bekas hos MeleTOP mensasarkan lebih 30,000 untuk jualan yang juga boleh dibeli untuk tujuan waqaf ke pusat tahfiz, masjid atau surau.

Bagaimanapun, Al-Quran tersebut tidak dijual di mana-mana kedai kerana hanya boleh didapatkan menerusi PKN.

Al-Quran ini tidak dijual di luar dan hanya boleh didapatkan menerusi PKN. Sesiapa yang ingin membeli untuk tujuan waqaf juga kami akan bantu edarkan sumbangan mereka ke mana-mana madrasah, pusat tahfiz atau termasuk mereka yang memerlukan.

Al-Quran terbitan PKN dan kerjasama Yayasan Restu ini dijual pada harga RM200 dan bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web Yayasan Restu atau Nasyrul Quran Malaysia.

Sumber Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.