Luna Maya

Sy minta cerrai sbb takde duit nak shopping. Tak sangka, Ipas suami ‘pergi’ sy dpt 500k tunai

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Saya adalah antara manusia paling bertuah di muka bumiNya ini. Ini yang saya rasa sebab banyak rezeki yang Dia beri pada saya yang ramai sangat orang cari-cari tapi saya dapat walaupun saya tak nak. Ini termasuklah peluang belajar di overseas, jodoh pun dari lulusan UK, dapat kerja yang best di UIAM.

Berkahwin dengan lelaki yang amat baik dengan keluarga mertua yang layan saya lebih baik daripada anaknya dan macam-macam lagi. Bayangkan suami saya tak bagi iron baju dia sebab takut saya penat.

Bila balik rumah mertua, mak mertua saya suruh tengok tv bila saya masuk dapur sebab katanya saya mesti penat sebab saya bekerja.

Tiga orang kakak dan adik saya dah kahwin dan melalui percraian yang dahsyat dengan syitan jantan. Siap bawa lari anak, kami kejar, acu senjata kat anak bagai. Kalah drama melayu. Saya jugalah yang turun naik mahkamah teman adik kakak saya untuk proses percraian.

Kiranya muka saya ni muka mahkamah syariah la. Haha. Waktu saya berkahwin, saya dah ada kereta dan rumah sendiri sebab kononnya saya nak grow old dengan adik saya. Suami pula arkitek yang baru 3 tahun bekerja, rumah tak beli lagi, kereta pun kereta buruk secondhand.

Ya, arkitek dalam dunia sebenar bukan macam dalam tv3 pkul 7 tu ye tuan puan. Bila kahwin, semua kena share, esp duit. Kami beli rumah corner lot di Shah Alam dan buat joint loan. Saya bagi Vios saya kepada adik saya dan share beli Civic dengan suami.

Saya siap minta crai dari suami sambil nangis dalam kereta on the way pergi kerja sebab saya asyik kering je, susah nak shopping.

Mujurlah suami relax je sbb dia tahu walaupun saya kuat melenting tapi saya juga berfikiran rasional dan bukan short term thinker.

Dia pun tahu saya kahwini dia sebab ayah saya, jadi selagi ayah saya hidup, saya takkan ke mahkamah. Allah takdirkan saya bertemu seorang rakan sekerja yang juga bekas peguam syariah, Kak W.

Saya tanya dia, perluukah saya penuhi tanggungjawab saya sebagai isteri kalau suami saya tak penuhi tanggungjawab dia? Di mata saya, suami saya serba kekurangan.

Angkuhnya saya. Jawapan kakak itu tak memuaskan hati saya. Katanya, “Tanggungjawab kita, kita settlekan. Tanggungjawab dia, itu antara dia dan Allah”. Pahitnya saya nak telan. Tapi jawapan itu buat saya berfikir panjang.

Kak W ni walaupun pensyarah law dan peguam syariah, suaminya berseluar pendek. Tapi Kak W sentiasa senyum, positif dan tak pernah cerita yang buruk-buruk tentang suaminya. It dawned upon me that her marriage must be more challenging than mine.

But she strived on, smiling, not for her husband’s sake but her own. Saya pun buat keputusan. Dengan diselubungi rasa bengkek dan puas hati, saya niat, “Fine. Saya akan tunaikan tanggungjawab saya terhadap suami TAPI bukan sebab saya suka dia.

Saya buat semua ni sebab saya nak settlekan bahagian saya, supaya saya boleh jawab bila Dia soal saya di akhirat. Itu je.” Bermula dari situ, saya cuba sedaya upaya untuk tunaikan hak suami. Alhamdulillah, suami pun bukan jenis typical Malay man.

Rumah kami walaupun corner lot tapi tak ada dapur sebab saya tak suka masak. Memang balik kerja singgah dinner siap-siap. Senang.

Suami basuh, lipat dan iron baju sendiri sebab dia tahu saya tak suka buat kerja rumah. Seminggu sekali dia akan panggil Indon ke rumah untuk kemas rumah dan lipat kain baju.

Apa yang membuatkan suami saya bahagia adalah bila saya melahirkan anak-anak yang comel, cerdik dan sihat.

Bila saya melayan dia berborak tentang ekonomi dunia sebelum tidur, bila saya share tentang social issues dengannya, bila saya melawa dengan kasut dan handbag mahal, bila saya dan anak-anak boleh breakfast dengan dia hari-hari.

Yes, my guy is not the average garden variety male. Tapi nak tahu tak apa yang jadi lepas tu? Selepas beberapa bulan, semuanya jadi mudah untuk saya. Kalau tidak, muka saya ni kelat je bila tengok suami. Hati pun membengkak je.

Yang paling hebat, suami jadi sangat pemurah dan pengasih. Makan minum semua dia tanggung. Bila balik kerja mesti singgah Petronas belikan air dan snek untuk alas perut sebelum dinner. Anak dia tak pernah makan aiskrim lain selain dari Magnum sebab abahnya hanya makan aiskrim tu.

Suami pula suka pergi holiday dengan anak-anak. Setiap kali pergi holiday, dalam purse saya hanya ada RM5-10 je sebab saya kuat shopping online.

Jadi makan, minum, minyak, tol, hotel semua suami settlekan. Even beli souvenirs untuk adik-beradik saya pun dia bayarkan. Kat rumah saya masih tak memasak walaupun ada anak.

Hari-hari gilir-gilir la Secret Recipe, Nando’s, Pizza Hut, hipster cafe man-mana ke. Semua suami settle. Dia cuma nak saya pilih je.

Mertua saya pun kalau datang ke rumah kami bawa nasi dan lauk siap-siap sebab tahu kami tak ada dapur. Kat ruang dapur rumah kami hanya ada peti ais, rice cooker dan sinki je.

Waktu bulan Ramadhan, suami akan masak nasi dan panaskan lauk yang dibeli sebelum kejut saya untuk bersahur. Saya pun terkejut bila saya sedar sikap suami berubah dari kedekut kepada pemurah. Rezeki suami pun melimpah-ruah.

Naik pangkat la, dapat anak lelaki pula lepas anak perempuan, tukar kereta mewah, dll. Terdetik dalam hati saya, “Dia baik sangat sekarang. I don’t mind growing old with him.”

Alhamdulillah. Saya rasakan inilah hasil niat saya yang saya buat dalam keadaan menyampah tempoh hari.

Walaupun dalam keadaan skit hati, tapi saya niatkan untuk tunaikan tanggungjawab pada suami bukan kerana saya sayangkannya tapi kerana saya tak mahu disoal di padang mahsyar nanti.

Yaa Allah, Maha Baiknya Kau. Niat yang begitu smbong pun Kau terima. Tapi cerita ni ada twist tau. Selepas beberapa bulan saya decide saya boleh bersama suami hingga hujung hayat kami, Allah ambil dia. Tiba-tiba dia tak sedarkan diri dan koma selama tiga minggu di 1CU.

Pedihnya tapi saya redha sebab saya tak sanggup tengok lelaki yang sihat dan ceria hidup as a vegetable. Kem4tiannya adalah yang terbaik dari Allah untuk kami. Selepas suami meniggal, saya dapat hampir setengah juta cash peninggalan suami hasil investments dia.

Itu pun tak masuk lagi dua buah rumah dan kereta. Keluarga mertua tak tuntut pun, naik mahkamah pun saya pergi dengan kawan sampaikan majistret tanya banyak kali betul ke keluarga arwh tak nak tuntut apa-apa. Saya pun masa tu pelik kenapa la majistret ni tak percaya sangat.

Sebab pada saya itu biasa, keluarga belah suami memang macam tu. Mereka lebih sibuk memikirkan anak-anak saya dah jadi yatim.

Bila difikirkan balik, mungkin itulah ganjaran Allah atas kesabaran dan keredhaan kami menerima ketentuanNya. Kadang-kadang susah sangat kita nak sabar, redha dan yakin dalam hidup ni.

Especially bila keadaan tu kita kena hadap hari-hari. Tapi percayalah, bila kita niatkan untuk Dia dengan seikhlasnya (walaupun hati tengah panas), Dia akan permudahkan. Bila dipermudahkan, akuilah itu adalah kerja Dia, bukan kemampuan atau kehebatan kita yang mengubah seseorang itu.

Akuilah hinanya, kerdilnya, lemahnya kita, hati sendiri pun payah nak diubah, apatah lagi orang lain. Kuman halus yang tak nampak di mata pun orang paling berkuasa di dunia ni tak boleh bnuh, inikan makhluk terbaik ciptaanNya. Itu semua kerja Dia. Yakinlah, sabarlah, redhalah.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Sumber : KRT

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published.