Luna Maya

Video: Niat hanya cari cincin kahwin ‘rakan’ yg hilang tp jumpa harta karun bernilai ratusan ribu ringgit

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah peribahasa yang sesuai pada dua sahabat penjejak logam ini. Pada mulanya meraka hanya membantu rakan mencari cincin perkahwinan yang hilang, namun dikejutkan dengan penemuan emas berusia ribuan tahun.

Paul Raynard, 44, yang berasal dari Keighley, Yorkshire pada mulanya tidak percaya dia menemui 84 keping syiling emas yang sebahagiannya pernah digunakan pada era pemerintahan Raja Henry VIII pada 1550-an.

Menurut berita Metro UK melaporkan, Raynard bersama rakan baiknya Michael Gwynne, 52, pada mulanya hanya membantu rakan mereka yang juga seorang petani di Ballycastle, Ireland Utara.

VIDEO DI BAWAH SEKALI

“Pada mulanya saya agak kecewa kerana hanya menemui syiling 5 sen, namun tidak lama kemudian saya menemui syiling emas lama, saya terus memanggil Gwynne untuk membantu,” kata Paul Raynard.

Menurutnya, mereka melakukan pencarian selama satu setengah jam sebelum dikejutkan dengan penemuan syiling emas itu, membuatkan mereka merasakan perasaan yang sungguh luar biasa seolah-olah memenangi loteri.

“Syiling tersebut telah dihantar ke Muzium Ulster untuk dinilai tetapi pakar emas yang ditemui memberitahu nilai keseluruhan mungkin bernilai lebih dari ¬£100,000 (RM532,992),” jelas Raynard.

Raynard berkata, dia dan Gwynne sebelum ini hanya melakukan kajian melalui peta lama untuk mencari petunjuk bagi penempatan purba atau medan tempur di mana harta karun mungkin boleh dijumpai di kawasan itu.

“Gwynne memberitahu dia mengetahui tempat di Ireland untuk kami jejaki tetapi kami hanya pergi ke ladang untuk mencari cincin perkahwinan kawan kami.

“Disebalik kegembiran menjumpai syiling emas, kami juga sedih kerana tidak menemukan cincin itu walaupun sudah beberapa jam berada di situ,” katanya.

SILA TONTON VIDEO

Baca juga artikel lain di bawah :

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.