Luna Maya

Khabar duka, Kapten Mohamad Affendi meninggaI dunia dalam nahas pesawat TUDM terhempas.

SHAH ALAM – Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia dalam nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth TUDM di sini, malam Selasa.

Sementara, Mejar Mohd Fareez Omar dilaporkan yang mengalami kecederan berada dalam keadaan selamat dan stabil dan kini sedang diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

VIDEO RAKAMAN KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM, jenazah Mohamad AffendI sedang diuruskan untuk tindakan selanjutnya.

“Kedua-dua juruterbang telah berkahwin. Keluarga kedua-dua juruterbang ini telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan,” katanya.

“Pihak TUDM juga akan menubuhkan Lembaga Sisatan terperinci mengenai insiden ini,” ujarnya.

Butterworth: “Saya sudah terbiasa dengar bunyi pesawat kerana kedai dekat dengan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), tetapi kali ini agak berlainan daripada kebiasaan,” kata Mastura Mohammad Nordin.

“Saya memang dah terbiasa dengan bunyi pesawat tetapi yang ini memang lain.

“Ketika ia hampir mendarat saya dengar dua dentuman sangat kuat sebelum melihat api marak ketika pesawat itu terhempas,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang mengemas gerainya untuk pulang ke rumah yang terletak berdekatan, namun dikejutkan dengan insiden itu.

Tonton video :

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber Sinar,Metro,Twitter

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *