Luna Maya

Nadir AlNuri dedah apa yg sempat

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin mennggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), menjelang subuh hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan suaminya Shuib Sepahtu melalui Instagram sebentar tadi.

Katanya Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi.

“Pada 5.13 minit pagi, bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedahkan al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Sandarkan Pada Kenangan itu terpaksa ditidurkan pada 6 Ogos lalu selepas keadaan kesihatannya menurun akibat jangkitan C0v19.

Doktor juga terpaksa melakukan pembedahan ke atas Siti Sarah bagi menyelamatkan kandungannya. Anak pasangan terbabit, Ayash Affan, selamat dilahirkan tidak lama kemudian.

Sebelum majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang diadakan malam tadi, Shuib memaklumkan Siti Sarah, 36, tidak berada dalam keadaan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *