HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah kenderaan lain di laluan bertentangan di Kilometer 8, Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, dekat sini.
RAKAMAN VIDEO KEMALANGAN ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kejadian berlaku melibatkan dua buah kenderaan antara Perodua Myvi dan Kelisa yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 61 dan 60 tahun.
“Hasil siasatan pihak polis mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu Perodua Myvi seorang diri menghala ke Pekan Bukit Sentosa, dekat sini.
“Secara tiba-tiba kenderaan yang dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan serta merempuh Perodua Kelisa yang dinaiki pasangan warga emas itu,” ujarnya dalam kenyataannya.
Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tonton Video:
HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah kenderaan lain di laluan bertentangan di Kilometer 8, Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung pic.twitter.com/PLuuopMJWm
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) March 14, 2022
Sumber Kosmo