Luna Maya

‘King’ buat haI lagi, kali ini menuju alam barzakh

PETALING JAYA – Tular beberapa gambar di media sosial hari ini memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berada di dalam kawasan tanah perkuburan Islam.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi perkongsian Negeri Sembilan Update, kelihatan kenderaan tersebut telah menceroboh dan memandu di atas kubur-kubur yang terdapat di situ.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di tanah perkuburan Islam di Senawang, Negeri sembilan, namun, punca kejadian masih belum dikenal pasti .

Susulan daripada kejadian itu, rata-rata orang ramai terkejut malah mula tertanya-tanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

“Ni mesti salah sekolah memandu takpun salah cikgunya,” Kata Roziah.

“Kalau di Melaka baru ini tular juga, kereta jenis Myvi langgar gerai nasi lemak. Sebiji lah sama,” ujar Mohamad Alfendi.

“Beli kereta bukan boleh bawa masuk kubur, tertekan pedal minyak ke?” soal Ash Abdullah.

Sementara itu, king lagi sekali buat hal di kedai nasi lemak.

Mengikut group facebook Myvi buat hal apa hari ini, Helmi Daus memuat naik gambar-gambar kejadian Myvi merempuh kedai nasi lemak.

Tidak dapat dipastikan sama ada kereta yang merempuh kedai nasi lemat tersebut adalah kereta yang sama di tanah perkuburan tadi.

Menurut firasat netizen, kemungkinan pemandu myvi tersebut memfokuskan pandangan mata di waze tanpa melihat ke hadapan.

Sumber Kosmo dan media sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *